Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Postecoglou capai persetujuan urus Spurs

Jun 06, 2023 | 11:10 AM



LONDON: Pengurus Celtic, Ange Postecoglou, telah bersetuju untuk menjadi pengurus baru Tottenham selama dua tahun.


Postecoglou, 57 tahun, baru sahaja menamatkan musim keduanya di Celtic, memimpin kelab itu dengan merangkul kejuaraan Scotland kededua tahun dan ‘treble’ domestik musim ini.

Spurs telah mencari pengurus baru sejak Antonio Conte meninggalkan kelab itu pada Mac, dengan Cristian Stellini dan kemudian Ryan Mason mengambil alih sebagai pengurus sementara.

Walaupun Mason secara terbuka menyatakan beliau berminat untuk mengambil tugas itu secara tetap, Spurs menumpukan pencarian mereka kepada calon di luar kelab dan mengadakan perbincangan awal dengan Julian Nagelsmann.

Bagaimanapun, Tottenham segera menjauhkan diri daripada melahirkan sebarang minat serius terhadap bekas jurulatih Bayern Munich itu dan sebaliknya membincangkan jawatan itu dengan calon lain termasuk bekas pengurus Sepanyol dan Barcelona, Luis Enrique, serta pengurus Feyenoord, Arne Slot.

Satu-satunya pengalaman Postecoglou mengurus di Eropah sebelum menyertai Celtic pada 2021 ialah ketika beliau mengurus kelab liga bawahan Greece, Panachaiki pada 2008.

Beliau telah memenangi kejuaraan Australia dengan South Melbourne dan Brisbane Roar, kejuaraan Jepun bersama Yokohama F Marinos selain menang Piala Asia 2015 bersama pasukan nasional Australia.

Postecoglou bakal mengambil alih pasukan Tottenham yang menduduki tangga kelapan dalam Liga Perdana England, yang tidak akan bertanding dalam Eropah untuk kali pertama sejak musim 2009-2010.

Beliau akan menjadi pengurus tetap keempat pasukan London itu, selepas Jose Mourinho, Nuno Espirito Santo dan Conte, sejak pemecatan Mauricio Pochettino pada 2019.

Postecoglou telah memenangi lima daripada enam trofi sejak tiba di Scotland pada musim panas 2021, sekali gus meletakkan semula Celtic sebagai pasukan dominan di negara itu.

Beliau mengakui dilihat sebagai bahan “gurauan” apabila beliau mengambil alih, dengan Celtic baru sahaja menamatkan musim dengan 25 mata kurang daripada Rangers.

Tetapi Postecoglou menjadi salah seorang daripada lima pengurus – bersama Jock Stein, Martin O’Neill, Brendan Rodgers dan Neil Lennon – untuk merangkul ‘treble’ domestik untuk Celtic.

Postecoglou menjadi tokoh yang sangat popular dengan peminat Celtic, dengan gaya permainan bola sepak yang menyerang menarik perhatian ramai.

Postecoglou, yang dilahirkan di Greece tetapi dibesarkan di Australia, hanya mempunyai baki 12 bulan pada kontraknya bersama Celtic dan oleh itu, beliau bebas untuk berpindah pada musim panas ini tanpa kelab Scotland itu perlu membayar sebarang pampasan.

Celtic cuba untuk menangkis minat Spurs dengan menawarkan perjanjian yang lebih baik tetapi percubaan mereka nampaknya tidak berjaya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >