Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man Utd boleh bangga walau banyak perlu diperbaiki

Jun 05, 2023 | 06:34 PM



KESAKITAN musim ini menjadi motivasi musim depan, tulis Manchester United dalam satu hantarannya di Instagram menyusuli kekalahan mereka dalam final Piala FA kepada musuh ketat Manchester City.

Meskipun tumpas 1-2 kepada City – yang juga juara Liga Perdana England (EPL) dan kini memburu ‘treble’ dengan kemenangan Liga Juara-Juara pada 11 Jun – hadiah sagu hati sebenar untuk anak didik Erik ten Hag di Wembley Sabtu lalu ialah semangat optimis terhadap masa depan cerah kelab itu.

“Kekalahan adalah asas kejayaan,” kata pemain pertahanan United Raphael Varane dalam satu posnya di Instagram. “Bangga dengan pasukan ini dan kelab ini. Untuk semua sokongan sepanjang musim, terima kasih!! Kami akan bangkit lebih kuat.”

Sependapat, kekecewaan itu dianggap motivasi untuk United melangkah ke depan, kata Ten Hag.

“Sudah tentu ia adalah satu motivasi. Anda harus berasakan kepahitan kekalahan ini. Ia menyakitkan. Ia mesti menjadi dorongan. Pasukan kami, pemain saya, layak memenanginya, tetapi anda harus merebut peluang itu dan itulah langkah seterusnya yang perlu kami lakukan,” ujar beliau.

Dalam musim sulungnya di Old Trafford, ten Hag telah menunjukkan bibit-bibit bahawa United berada dalam laluan yang tepat untuk kembali ke zaman kegemilangannya.

Menghasilkan trofi pertama kelab dalam enam tahun dengan menjuarai Piala EFL, membawa United kembali ke Liga Juara-Juara dan kemudian persembahan yang boleh dipuji dalam perlawanan akhir Piala FA menandakan kemajuan di United.

Pengurus asal Belanda itu telah membawa sentuhan ‘sakti’nya dalam United tetapi beliau bukan seorang ahli sihir.

Dan di Wembley, jelas kelihatan bahagian “bocor” pasukannya yang perlu diperbaiki.

Aksi hambar David de Gea dalam menyelamatkan kedua-dua gol Ilkay Gundogan membuat ramai penyokong pasti bahawa tempoh warga Sepanyol itu di United akan berakhir tidak lama lagi.

Ketibaan Wout Weghorst sebagai pemain gantian pada separuh kedua hanya meningkatkan seruan untuk United cepat mendapatkan khidmat penyerang Tottenham Hotspurs Harry Kane.

Christian Eriksen kelihatan sangat letih di bahagian midfield. 

Dari segi serangan, untuk semua keterujaan yang dibawa oleh Alejandro Garnacho selepas dibawa masuk ke dalam padang, United kurang bersemangat untuk menandingi tenaga pemain muda Argentina itu, dengan Jadon Sancho mengecewakan.

“Saya hanya ada satu rancangan: iaitu mengembangkan kelab ini, menambah baik pasukan ini,” kata ten Hag.

“Saya akan memperjuangkan idea saya. Saya akan berbual dengan kelab mengenai apa yang harus dilakukan untuk berbuat demikian. Tetapi, saya perlu bekerjasama dengan kakitangan dan pelajar saya untuk menjadi lebih baik musim depan,” tambah beliau.

ten Hag telah menjelaskan bahawa beliau memerlukan akses kepada pemain lebih berkaliber untuk mencabar kejuaraan Eropah musim depan.

United telah menjadikan pemain tengah West Ham Declan Rice sebagai sasaran utamanya untuk jendela perpindahan musim panas – dengan kapten West Ham itu akan meninggalkan Stadium London pada musim panas ini.

Bagaimanapun, ten Hag mesti menjual beberapa pemain untuk membeli rekrut baru seperti Rice dan rakan sepasukannya di England, Kane, semasa jendela musim panas.

Antara pemain yang dikatakan bakal meninggalkan Old Trafford ialah Phil Jones, Alex Telles, Donny Van Beek, Harry Maguire, Anthony Martial dan Dean Henderson.

Sementara Ten Hag mempunyai rancangannya, status pengambilalihan United masih tidak diketahui dan telah dilanjutkan ke musim panas, dengan wang akan menjadi faktor utama dalam urusan membeli pemain. 

Era ten Hag telah bermula dan sudah tiba masanya untuk hierarki United mendengar keperluannya bagi membawa kembali makna lagu “Glory, Glory Man United” (Cemerlang, Cemerlang Man United).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >