Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden FAS: Bakat luar negara akan terus dipertimbangkan untuk pasukan nasional

Pemain ‘asing’ boleh perkukuh pasukan bola sepak nasional sementara nanti pemain muda dibangunkan, kata Presiden FAS Bernard Tan di Kongres FAS ke-42
Sep 16, 2024 | 11:11 PM
Perry Ng (kiri) dan Kyoga Nakamura diundang menyertai latihan bersama pasukan nasional baru-baru ini.
Perry Ng (kiri) dan Kyoga Nakamura diundang menyertai latihan bersama pasukan nasional baru-baru ini. - Foto ST

Lebih ramai pemain bola sepak yang dilahirkan di luar Singapura boleh dipilih untuk mewakili pasukan bola sepak nasional sementara menanti hasil projek pembangunan bola sepak di peringkat nasional Unleash The Roar! (UTR), kata Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Encik Bernard Tan.

Ini jika usaha menjadikan Perry Ng, yang dilahirkan di Liverpool, dan Kyogo Nakamura, yang dilahirkan di Jepun, pemain nasional menjadi realiti, tambah beliau.

Bercakap kepada media di akhir Kongres Tahunan FAS ke-42, Encik Tan berkata Singapura perlu kekal terbuka kepada bakat yang rela dan berminat mewakili Singapura.

“Tapi kami menganggap kerakyatan secara serius dan mempunyai proses yang ketat menyeluruh. Kami tidak akan memberikan kerakyatan semata-mata kerana bola sepak, tetapi kami mengambil pemain bola sepak kerana mereka ingin menjadi rakyat Singapura,” ujar Encik Tan.

Encik Tan mendedahkan bahawa Ng, yang mewakili Cardiff City di Britain dan Nakamura, dari BG Tampines Rovers diundang ke latihan pasukan nasional selepas proses rundingan dan pemilihan lebih setahun untuk memastikan mereka benar-benar faham tanggungjawab yang mengiringi kerakyatan Singapura.

Memberi contoh negara jiran, Encik Tan berkata Indonesia memulakan perlawanan kelayakan Piala Dunia dengan Australia pada 10 September dengan sembilan pemain yang lahir di luar Indonesia. Perlawanan itu berakhir 0-0.

Singapura, yang telah memenangi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) empat kali, kini menduduki ranking keenam di rantau ini dan telah mengalami kekalahan besar dalam kejohanan peringkat belia pada tahun-tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg