Dengan ramai negara jiran saingannya pantas mengambil pemain naturalisasi kelahiran luar negara untuk mengukuhkan pasukan nasional masing-masing, Singapura tidak harus ketinggalan.

Kehadiran Perry Ng dan Kyoga Nakamura, pemain asal Jepun yang juga penduduk tetap Singapura, dalam sesi latihan berpusat pasukan Singa di Hab Bola Sepak Kallang pada 2 September memberi sedikit rangsangan dan harapan terhadap masa depan bola sepak negara.