Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prestasi Song meningkat hasil pengalaman bermain di Indonesia

Harap harap dapat bermain lebih baik bagi Lions apabila kembali ke S’pura
Oct 16, 2023 | 5:39 PM
PENGALAMAN BERHARGA: Song Uiyoung, pemain tengah Singapura dan Persebaya Surabaya, merupakan pemain berpengalaman dalam pasukan bola sepak Singapura. Beliau juga pernah bermain di Thailand bersama Nongbua Pitchaya F.C.
PENGALAMAN BERHARGA: Song Uiyoung, pemain tengah Singapura dan Persebaya Surabaya, merupakan pemain berpengalaman dalam pasukan bola sepak Singapura. Beliau juga pernah bermain di Thailand bersama Nongbua Pitchaya F.C. -  Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Selepas berpengalaman bermain bola sepak bagi pasukan Persebaya Surabaya di Indonesia, pemain midfield Lions, Song Uiyoung, telah belajar bermain secara lebih fizikal.

Song, 30 tahun, memberitahu Berita Harian (BH) permainan bola sepak di Indonesia lebih fizikal berbanding di Thailand, dengan mereka memberikan lebih tumpuan pada aspek teknikal.

Menurutnya, budaya bola sepak di Indonesia sangat rancak. Persebaya, yang menduduki tempat keenam daripada 18 pasukan musim lalu, mempunyai 2.4 juta pengikut di akaun Instagramnya.

Budaya itu dirasakan oleh Song hanya beberapa hari selepas beliau menyertai Persebaya pada Jun lalu. Semasa sebuah acara bagi menyambut ketibaannya di Persebaya oleh peminat pasukan itu, beliau sendiri terpaksa dikeluarkan daripada acara itu kerana terlalu ramai penyokong yang datang.

Song juga terpaksa memadamkan Instagram beliau kerana mendapat mesej setiap saat.

Namun, itulah sebabnya beliau berada di Persebaya, kata Song kepada The Straits Times (ST) ketika itu. Keghairahan peminat di Indonesia adalah yang terbaik, hingga beliau “sangat bermotivasi untuk melakukan yang terbaik untuk mereka”.

BH bercakap kepada Song baru-baru ini, apabila beliau berada di Singapura untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Guam pada 12 Oktober.

Watch on YouTube

Pemain asal Korea Selatan ini membuat penampilan sulungnya bagi Home United FC dalam Liga-S pada 2012.

Menurut satu laporan ST, pada 2018 Song menerima tawaran daripada kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta.

Ia merupakan kontrak tiga tahun bernilai lebih AS$20,000 ($27,700) sebulan – lebih dua kali ganda pendapatannya di Home United – bersama yuran pendaftaran dan bonus lain. Ia menjangkau lebih $1 juta dalam tiga tahun.

Namun, Song menolak tawaran tersebut kerana ingin mendapatkan kerakyatan Singapura demi mewakili negara ini pada masa depan.

Kini, setelah mencapai impiannya menjadi rakyat Singapura dan bermain bagi pasukan kebangsaan negara ini, beliau menerima tawaran Persebaya Surabaya untuk bermain di Indonesia.

“Saya rasa masa saya di Indonesia ini akan membantu saya berkembang lebih jauh. Jika saya terus bermain di peringkat lebih tinggi, kecergasan dan mutu saya akan menjadi lebih baik dan apabila saya kembali (ke pasukan kebangsaan) untuk bermain, saya harap ia boleh membuat perubahan,” kata beliau.

Song bukan mempunyai pengalaman di Indonesia sahaja, bahkan di Thailand. Beliau pernah bermain untuk Nongbua Pitchaya F.C, sebuah kelab liga 2 di Thailand, selama enam bulan.

Peningkatan prestasi Song dan pengalaman beliau jelas dilihat semasa kemenangan 2-1 Singapura atas Guam di Stadium Negara.

Walaupun tidak menjaringkan gol atau membuat ‘assist’, beliau tetap merupakan ancaman bagi Guam.

Song sering memenuhi ruang dan memberi masalah kepada pertahanan Guam, sementara hantarannya pula hampir mendatangkan beberapa gol.

Gol pertama perlawanan itu dijaringkan oleh Jacob Mahler daripada tendangan sudut Song.

Kerjasama Song bersama penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi, juga mengancam pasukan lawan.

Sebagai salah seorang anggota pasukan yang berpengalaman, beliau sedar bahawa anggota muda Lions akan rasa tertekan dan bermotivasi untuk perlawanan menentang Guam itu.

Justeru, Song mengambil peranan mengingatkan mereka supaya bertenang dan menikmati pengalaman itu.

“Saya hanya ingin memberitahu mereka supaya menikmati pertandingan dan peringkat ini. Jika kita cukup bersedia, kita akan mendapat keputusan yang wajar,” ujarnya.

Song kini menantikan peluang beraksi menentang Guam sekali lagi pada 17 Oktober.

Jika Singapura menang, mereka akan mara ke pusingan kedua peringkat kelayakan Piala Dunia 2026.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg