Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU: MALAYSIA LWN SINGAPURA

Tempat separuh-akhir jadi taruhan

Tempat di separuh akhir jadi rebutan apabila Singa bertandang ke Bukit Jalil bagi pertemuan dengan 'musuh tradisi'
Jan 03, 2023 | 05:30 AM



PERLAWANAN antara Singapura dengan Malaysia tidak pernah gagal menggamit imaginasi dan jiwa penyokong bola sepak di kededua negara.



Malah, di rantau ini, tiada perlawanan yang lebih gah daripada 11 pemain dari Kota Singa bersaing dengan 11 pemain yang mewakili pasukan Harimau Malaya.



Ikatan sejarah dan keluarga, persabahatan dan persengketaan, bermakna selama 90 minit, apa yang dipertaruhkan bukan hanya keputusan perlawanan antara dua pasukan.



Ia lebih istimewa daripada itu.



Elemen keistimewaan itu berganda malam ini, kerana apa yang dipertaruhkan ialah tempat di peringkat separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).



Singapura hanya perlu seri untuk menempah tempat ke separuh akhir, manakala Malaysia harus menang bagi memastikan perjuangan mereka tidak tamat di padang sendiri.



Namun, misi Singapura itu akan harus dicapai tanpa penyerang utamanya, Ilhan Fandi.



Pemain berusia 20 tahun itu menjadi mangsa kecederaan terbaru skuad negara apabila mencederakan lutut kirinya dalam seri tanpa gol Singapura dengan Vietnam di Stadium Jalan Besar Jumaat lalu.



Difahamkan penyerang kelab Belgium, KMSK Deinze itu membuat perjalanan ke Kuala Lumpur bersama skuad Singa tetapi mungkin tidak akan diturunkan dalam perlawanan malam ini.



Vietnam mendahului saingan Kumpulan B dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan, di depan Singapura pada perbezaan gol, manakala Malaysia kurang semata.



Hanya dua pasukan terbaik kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dimainkan dalam dua pusingan.



Kapten Singapura, Hariss Harun, ketika ditemui selepas perlawanan Jumaat lalu, berkata kecederaan pada Ilhan pastinya adalah kehilangan besar untuk pasukan.



Bagaimanapun, beliau yakin bahawa penyerang lain dalam skuad dapat tampil kehadapan dan merebut peluang yang diberikan untuk beraksi cemerlang.



Singapura kini hanya mempunyai tiga penyerang, Shawal Anuar, Faris Ramli dan Amy Recha.



Pilihan lain untuk memimpin pasukan termasuk pemain midfield, Song Uiyoung, dan pemain pertahanan, Irfan Fandi, yang pada awal kerjayanya diturunkan sebagai penyerang.



Sejauh ini, Shawal telah menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan, manakala Irfan satu gol.



"Kecederaan boleh berlaku dalam perlawanan. Kita harus menerima hakikatnya," kata Hariss, yang dijangka membuat penampilannya yang ke-120 untuk Singapura malam ini.



"Kami ada pemain yang menantikan peluang mereka untuk beraksi dan membantu pasukan dalam perlawanan seterusnya.



"Lagipun, kami adalah satu pasukan. Kami akan menyokong satu sama lain dan berikan yang terbaik," katanya.



Dalam lima pertembungan terakhir antara kedua-dua negara, Singapura telah menang tiga kali, seri sekali dan tewas sekali.



Kekalahan itu muncul dalam Piala AFF 2014 ketika pasukan Singa tumpas 1-3 di tangan seteru ketatnya itu.



Singapura dan Malaysia kali terakhir bertembung pada Mac tahun lalu di Stadium Negara, dengan pasukan Singa menang 2-1.



Pada ketika itu, Singapura dikendalikan jurulatih sementara Nazri Nasir, manakala Malaysia dipimpin Kim Pan Gon.



Dalam pada itu, Kim menggesa pasukannya supaya bangkit lebih kuat susulan kekalahan 0-3 di tangan Vietnam di Stadium My Dinh pada Selasa lalu.



Pengendali asal Korea Selatan itu menjelaskan bahawa pasukannya perlu memperbaiki segala kesilapan apabila berdepan menentang Singapura malam ini.



"Kami perlu belajar daripada pengajaran ini (tewas di tangan Vietnam), terutama buat pemain muda, dan kami juga mendapat pengalaman yang baik.



"Kami perlu belajar sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dan kami perlu terus memandang ke depan.



"Saya fikir kami bermain dengan baik dan ia perlawanan yang bagus. Kami akan cuba lihat kembali kesilapan dan memperbetulkannya," katanya pada sidang media selepas perlawanan dengan Vietnam.



Malaysia bagaimanapun akan beraksi malam ini tanpa Azam Azmi Murad, yang akan menjalani penggantungan.



Pemain pertahanan itu dilayangkan kad merah oleh pengadil Ryuji Sato dalam insiden yang mencetuskan kontroversi pada minit ke-59 apabila pengadil Jepun memberikan sepakan penalti kepada Vietnam selepas Azam didakwa mengasari Doan Van Hau.



Kemenangan untuk Singapura malam ini bermakna mereka berjaya mengulangi persembahan separuh akhir pada edisi 2020, yang ditunda ke tahun lalu dek pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >