Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU: SEPANYOL LAWAN RUSSIA

Siapa ke peringkat suku akhir dalam perlawanan kalah-mati

Jul 01, 2018 | 05:30 AM



RUSSIA



Harapan tinggi kepada skuad tuan rumah selepas menang di perlawanan pembukaan



RUSSIA: Pasukan tuan rumah Piala Dunia, Russia, membelasah pasukan Arab Saudi 5-0 dalam perlawanan pembukaan mereka sebelum menundukkan Mesir 3-1 pula dalam perlawanan selanjutnya.



Namun, kemenangan mereka berakhir semasa menentang Uruguay yang berjaya membolosi gawang Russia tiga kali tanpa sebarang balasan.



Seperti yang dikatakan ahli politik Russia, Vitaly Milonov, semua sindiran dan lagu yang mengkritik pasukan negara itu di Piala Dunia sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat.



Jika sebelum ini skuad Russia dianggap pasukan yang memalukan negara, kini mereka bak aset negara yang penting sedang ia menantikan perlawanan kalah-mati dengan Sepanyol malam ini.



Russia merupakan pasukan ke-70 dalam ranking Fifa sebelum Piala Dunia - jauh di bawah berbanding 32 pasukan lain yang turut bermain dalam pertandingan itu.



Sebelum ini terdapat andaian bahawa pasukan itu akan mengalami nasib serupa dengan Afrika Selatan (hos Piala Dunia 2010) yang tersingkir semasa di peringkat kumpulan.



Skuad Russia kurang menyerlah sejak Stanislav Salamovich Cherchesov, yang merupakan bekas penjaga gawang pasukan nasional, mengambil alih selaku pengurus pasukan pada 2016.



Sasarannya: Memimpin Russia sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Dunia.



Malangnya sebelum ini Russia belum pernah memenangi sebarang perlawanan Piala Dunia sejak 2002.



Maka sasaran membawa skuad itu sehingga ke separuh akhir agak mustahil.



Sejauh ini pasukan itu hanya menang lima kali dalam 20 perlawanan pertama di bawah pimpinan Cherchesov.



Keadaan menjadi lebih sukar buatnya apabila pemain midfieldnya, Denis Cheryshev, yang dilahirkan di Russia tetapi dibesarkan di Sepanyol, enggan berbahasa Russia, sebaliknya memilih bertutur bahasa Sepanyol sahaja semasa ditemui media sehari sebelum Piala Dunia bermula.



Akibatnya timbul kritikan ke atas pasukan itu yang dianggap lemah.



Namun, semuanya bagaikan dilupakan apabila Cheryshev, yang merupakan pemain simpanan, dibawa masuk dan kemudian menjaringkan dua gol dalam perlawanan pembukaan Russia menentang Arab Saudi.



Semasa satu persidangan media selepas permainan, Cherchesov telah menerima panggilan ucap tahniah melalui telefon daripada Presiden Russia, Encik Vladimir Putin.



Apabila Russia sekali lagi menunjukkan taring mereka dengan kemenangan ke atas Mesir lima hari kemudian, justeru melayakkan mereka ke peringkat kalah-mati, peminat menyambut kemenangan itu di jalan-jalan raya dan stesen kereta api laju Moscow dan Saint Petersburg.



Ada yang menyanyi, bersorak dan membunyikan hon kereta sebagai tanda gembira atas kejayaan pasukan itu.



Sambutan tersebut turut menarik perhatian peminat bola sepak luar negara yang berada di sana untuk sama-sama berpesta dengan penduduk setempat.



Jika sebelum ini kritikan dan ejekan dilempar terhadap pasukan Russia di media sosial, kini menurut Moscow Times, puji-pujian pula yang timbul.



Seperti yang dikatakan seorang peminat bola sepak Russia, Inna Kiyasova, yang terperanjat dengan persembahan Russia dalam pertandingan itu:



"Ia satu demam yang melanda negara ini hingga ibu saya sendiri menyaksikan setiap detik perlawanan pasukan Russia." - Agensi




SEPANYOL



Perlu kukuhkan tumpuan kepada benteng pertahanan jika ingin mara



RUSSIA: Menyusuli permulaan yang mengecewakan dalam Piala Dunia ini di mana pengurus mereka telah dipecat sebelum perlawanan pertama bermula, Sepanyol berjaya mengukuhkan pasukannya dan membuktikan mengapa mereka masih lagi dianggap pasukan favorit.



Pasukan tersebut mempunyai 11 pemain terbaik dunia di atas padang.



Namun, mereka masih tetap terkial-kial melepasi peringkat kumpulan.



Selepas terikat 3-3 dengan Portugal, Sepanyol menang tipis 1-0 ke atas Iran, sebelum seri 2-2 dengan Maghribi. Namun, mereka tetap menduduki tempat teratas Kumpulan B.



Portugal di tempat kedua dengan lima mata juga, tetapi Sepanyol mempunyai satu gol jaringan sepanjang tiga perlawanan.



Sepanyol akan bertemu Russia dalam peringkat kalah mati malam ini dan sekiranya berjaya, mereka akan bertemu pemenang antara Croatia dengan Denmark.



Mungkin jurulatih Sepanyol, Fernando Hierro, yang sebelum ini pengarah teknikal Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF), menggantikan Julen Lopetegui, tidak membayangkan senario sedemikian.



Mungkin juga kerana corak permainan Sepanyol bukan di tahap terbaik seperti yang dipamerkan semasa pasukan itu bertemu Iran dan Maghribi.



Sebelum ini Hierro belum pernah memimpin sebuah pasukan yang berada lebih atas daripada divisyen dua.



Selepas pemecatan Lopetegui, kem Sepanyol agak kucar-kacir dan membuat banyak andaian dan menimbulkan persoalan sama ada pasukan itu mampu melangkah jauh.



Tetapi, secara perlahan pasukan itu mampu mara ke peringkat selanjutnya.



Terdapat andaian bahawa sekiranya ia mampu mengatasi Russia dalam pusingan kedua, Sepanyol mungkin bertemu Croatia di peringkat suku akhir.



Dan jika mereka mampu melepasi suku akhir, mereka dikatakan mungkin bertemu England di separuh akhir.



Tetapi itu semua masih lagi andaian.



Bahagian serangan bukan masalah bagi Sepanyol dalam Piala Dunia ini.



Mereka masih lagi mengamalkan cara permainan bebas, gaya tiki-taka, yang membuat pasukan lawan terpegun dengan corak permainan itu.



Sejauh ini, Sepanyol telah menjaringkan enam gol dan melepaskan lima gol.



Sekiranya ingin melangkah lebih jauh, mereka perlu mengukuhkan tumpuan kepada benteng pertahanan.



Sementara itu, kapten Sepanyol, Sergio Ramos, menggesa peminat agar bersatu bagi menyokong pasukan nasional itu sebelum perlawanan menentang Russia.



Dalam catatan media sosialnya, pemain pertahanan tengah Sepanyol itu yang juga kapten Real Madrid, berkata pihaknya tidak peduli sekiranya peminat agak kritikal dengan pasukan itu selagi mereka berasa bangga menyokong pasukan tersebut.



"Kami ingin anda berasa bangga dengan pasukan ini - perasaan bangga yang serupa apabila kami memakai jersi pasukan negara ini.



"Kami bangga menjadi warga Sepanyol dan bangga dapat mewakili pasukan ini," kata pemain yang telah 150 kali bermain untuk Sepanyol.



Tumpuan diberi kepada penjaga gawang pasukan Sepanyol, David de Gea yang telah melepaskan lima gol dalam kempen Piala Dunia kali ini.



Sementara itu, dua kesilapan oleh Ramos dalam perlawanan kumpulan terakhir mereka menentang Maghribi juga bagaikan menguji pasukan itu.



Pada masa ini, Sepanyol berada dalam ranking ke-10 Fifa. - Agensi




JADUAL



Sepanyol lwn Russia

(Ahad, 1 Julai)

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222, 10 malam ini



Brazil lwn Mexico (Isnin, 2 Julai)

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222,10 malam ini




Ramalan BM:



Russia 1

Sepanyol 2




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >