Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pukulan skuasy Zainal masih ‘berbisa’ walau jangkau usia senja

Jun 11, 2023 | 05:31 AM



Kali terakhir Zainal Abidin Ab Malik menggondol emas sukan skuasy di peringkat antarabangsa adalah pada temasya Sukan SEA 1995 di Chiangmai, Thailand, semasa usia 38 tahun, sebelum beliau menggantung raket daripada pertandingan antarabangsa.

Lebih 25 tahun selepas kemenangan emas itu, bekas pemain skuasy Singapura bagi acara perseorangan pada 1980-an dan 1990-an itu, yang kini berusia 65 tahun, sekali lagi mengulangi kecemerlangan di persada antarabangsa.

Beliau memenangi kejohanan Terbuka Hong Kong Masters – yang diadakan di Kelab Bola Sepak Hong Kong dari 1 Jun hingga 4 Jun – bagi kategori peringkat usia 65 tahun ke atas pada 4 Jun.

Beliau menewaskan Colin Robertson dari England di peringkat akhir dengan catatan 11-9, 14-12, 11-7.

Jurulatih skuasy secara sambilan itu berkata: “Saya ingin memberikan diri saya cabaran. Kalau setakat mengajar sahaja, saya tidak dapat kekal begitu aktif.

“Secara tidak langsung, ia memberi saya keazaman untuk berlatih kerana jika tidak, tidak ada daya kesungguhan untuk berusaha (ke arah sesuatu).”

Kemenangan itu lebih manis baginya kerana pada Ogos 2022, beliau menjadi penerima pertama yang dinobat Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh Persatuan Raket Skuasy Singapura (SSRA) di majlis The Squash Ball – yang diadakan sempena 50 tahun skuasy Singapura dan Hari Kebangsaan.

Bahkan laman SSRA menyatakan beliau atlet skuasy kebangsaan yang berjaya merangkul Kejuaraan Asia Timur bagi acara perseorangan sebanyak sembilan kali – rekod yang menurut Zainal belum pernah dipecahkan atau dicapai oleh mana-mana atlet skuasy Singapura setakat ini.

Zainal menambah beliau sememangnya menetapkan hasrat untuk menang dalam kejohanan tersebut tetapi matlamat lebih besar adalah “melakukan yang terbaik demi kesihatan” dan menyifatkan dirinya sebagai bernasib baik kerana masih ligat.

“Selagi kesihatan dan keadaan jasmani mengizinkan, saya ingin menikmati waktu-waktu permainan ini.

“Isteri saya pernah tegur sejauh mana saya ingin bertanding (pada usia sebegini) tetapi saya tahu had saya dan saya tidak memaksa diri,” ujar bapa seorang anak perempuan itu.

Beliau akur ia memang sukar di kala meniti usia senja untuk berlatih secara intensif dan perlu lebih peka bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Malahan seusai pertandingan, beliau menyatakan badannya rasa sengal-sengal selama beberapa hari.

“Saya telah membuat persiapan sekitar enam bulan kerana saya tahu badan saya tidak seperti dahulu dan ia memerlukan masa untuk sesuaikan diri,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau teruja atlet skuasy Singapura kian disebut- sebut di peringkat antarabangsa di samping melihat atlet wanita Singapura tergolong di kalangan pemain terhandal di Asia.

Antaranya ialah pemain wanita Au Yeong Wai Yhann, yang menduduki tangga ke-83 pemain terhandal dunia dalam kedudukan Persatuan Skuasy Profesional (PSA).

Beliau melahirkan hasrat untuk melihat lebih banyak gelanggang skuasy dibina bagi mendedahkan lebih ramai orang untuk mencuba dan bermain sukan tersebut.

Ini setelah Berita Harian (BH) melaporkan pada 14 Ogos 2022 bahawa terdapat hanya sekitar 24 gelanggang skuasy yang dikongsi orang ramai setakat ini.


Dalam pada itu, Zainal turut berkongsi beliau kini memberi tumpuan kepada skuad skuasy lelaki kebangsaan bagi membantu dalam persiapan mereka menjelang Sukan Asia pada September.

“Saya telah ditugaskan untuk bantu pasukan skuasy lelaki untuk membuat persiapan menjelang Sukan Asia kelak.

“Saya mengambil peluang itu untuk diri saya kekal cergas dan menyumbang ilmu atau pengalaman yang ada (kepada mereka),” jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >