Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Puncak EPL terus sengit dengan kemenangan Arsenal, Liverpool, City dan Spurs

Feb 01, 2024 | 11:53 AM



LIVERPOOL: Conor Bradley menunjukkan persembahan hebat dengan jaringan pertamanya untuk Liverpool dan merebut dua umpanan (assist) apabila Liverpool menewaskan Chelsea 4-1 bagi mengekalkan kedudukan teratas mereka di Liga Perdana England (EPL).


Pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu memulakan perlawanan dengan kelebihan lima mata di puncak EPL, tetapi dengan kemenangan Arsenal ke atas Nottingham Forest dan Manchester City ke atas Burnley, Liverpool tetap perlu menewaskan Chelsea untuk mengekalkan kelebihan mereka.

Selepas menundukkan Bournemouth 4-0 dalam perlawanan liga terakhir mereka, Liverpool menghasilkan persembahan yang dominan dan yakin sekali lagi untuk menewaskan Chelsea.

Percubaan Darwin Nunez terkena palang gol dua kali dalam permulaan perlawanan – empat kali secara keseluruhan – sebelum Jota menunjukkan ketekunan hebat untuk melepasi pertahanan Chelsea dan menjaringkan gol melalui hantaran Bradley.

Pemain antarabangsa Ireland Utara berusia 20 tahun itu, yang bangkit sebagai bakat yang sangat menarik di Liverpool musim ini, mendapatkan jaringan yang beliau layak dapatkan berdasarkan persembahannya yang mengagumkan pada minit ke-39.

Liverpool sepatutnya mendahului 3-0 pada separuh masa, tetapi sepakan penalti Nunez terkena palang.

Sepakan penalti itu diberi selepas Jota dikasari dalam kotak penalti Chelsea.

Mykhailo Mudryk terlepas peluang keemasan untuk mendapatkan satu gol untuk Chelsea pada separuh masa kedua apabila percubaannya melambung jauh dari sasaran walaupun beliau hanya perlu melepasi penjaga gol Liverpool, Alisson.

Dominik Szoboszlai memanfaatkan pembaziran peluang Chelsea untuk mendapatkan gol ketiga Liverpool, melalui tandukannya.

Walaupun Christopher Nkunku mendapatkan satu gol untuk Chelsea, Luiz Diaz menambahkan satu lagi gol untuk Liverpool dari jarak dekat.

Ia adalah keputusan sempurna bagi Liverpool kerana mereka bukan sahaja mengekalkan kedudukan di tangga teratas EPL, malah meningkatkan keyakinan mereka sebelum menentang Chelsea sekali lagi pada peringkat akhir Piala Carabao di Wembley pada 25 Februari.

Dalam perlawanan EPL yang lain, Julian Alvarez menyerlah dalam kemenangan 3-1 Manchester City ke atas Burnley.

Beliau mendapat anugerah pemain terbaik perlawanan dengan dua jaringan pada hari ulang tahunnya.

Kededua jaringan beliau dibuat pada permulaan perlawanan, pada minit ke-16 dan ke-22.

Perlawanan itu juga menandakan penampilan pertama Erling Haaland sejak beliau patah kaki pada 6 Disember.

Tottenham Hotspur pula kembali ke tangga empat teratas EPL dengan kemenangan 3-2 yang menghiburkan ke atas Brentford di tempat sendiri.

Brentford mendahului pada separuh masa melalui jaringan Neal Maupay.

Namun, Tottenham mendapatkan tiga gol dalam lapan minit pada separuh masa kedua, melalui Destiny Udogie, Brennan Johnson dan Richarlison.

Ivan Toney mendapatkan satu lagi gol untuk Brentford melalui kesilapan Udogie, tetapi Spurs berjaya bertahan untuk memenangi perlawanan tersebut.

Spurs kembali ke kedudukan empat teratas selepas pasukan Ange Postecoglou itu jatuh daripada tempat kelayakan Liga Juara-Juara menyusuli kekalahan 4-2 mereka kepada Brighton pada 28 Disember. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >