PUSAT Sukan ikonik Singapura akan mula membuka pintu dengan mengadakan acara Rumah Terbuka Masyarakat Hab Sukan pada 27 dan 28 Jun ini dengan Pusat Akuatik OCBC menjadi kemudahan pertama di kompleks sukan mega itu yang telah siap sepenuhnya.
Bercakap kepada pemberita dalam satu acara previu sempena siapnya pusat akuatik itu semalam, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong, berkata acara tersebut akan memberi peluang kepada orang ramai membiasakan diri dengan kemudahan yang ada di Hab Sukan.