Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PANDANGAN

Qatar 2022 istimewa; si 'kerdil' tumbangkan gergasi, bintang muda tampil ukir nama

Dec 18, 2022 | 05:30 AM



KINI Semuanya, atau 'Now is All', adalah slogan pilihan untuk Piala Dunia 2022.



Dan yang nyata, semuanya kini telah disaksikan dalam kejohanan terbesar bola sepak dunia itu, yang dianjurkan buat kali pertama di sebuah negara Timur Tengah, Qatar.



Padang dalam lapan stadium di Doha yang mementaskan perlawanan Piala Dunia ini menjadi saksi saingan penuh kejutan dan debaran.



Bahkan, edisi Qatar 2022 boleh dianggap sebagai Piala Dunia paling kompetitif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Pasukan gergasi dapat ditumbangkan, manakala yang kerdil pantang dicabar dan melepasi jangkaan dengan mencipta sejarah tersendiri.



Semua aksi ini berlaku pada awal pusingan kumpulan.



Di Qatar 2022, gelombang bola sepak Asia amat terasa.



Keenam-enam wakil Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) - tuan rumah Qatar, Jepun, Korea Selatan, Australia, Iran dan Arab Saudi - beraksi cemerlang dan membanggakan, melakar kemenangan ke atas pasukan hebat dunia.



Buat julung kalinya juga, tiga pasukan Asia - Jepun, Korea Selatan dan Australia - mara ke pusingan kalah mati.



Asia bukan lagi biasa-biasa. Benua Afrika juga tidak menghampakan.



Kisah kejayaan 'underdog' Maghribi sebagai pasukan Afrika dan Arab pertama melangkag ke separuh akhir Piala Dunia kini menjadi inspirasi dan rujukan bagi banyak pasukan negara yang bercita-cita tinggi di pentas terbesar sukan itu.



Jurulatih Maghribi Walid Regragui dan anak didiknya sudah membuka laluan itu.



Kini hanya tunggu masa untuk lebih banyak pasukan 'kerdil' mengikut jejak mereka. Penantian itu mungkin tidak lama.



Dalam pada itu, tiada yang baru jika tiada yang lama. Piala Dunia 2022 pentas terakhir ramai bintang yang berada di hujung kerjaya bola sepak antarabangsa mereka.



Penyerang Argentina Lionel Messi, 35 tahun, dan penyerang Belgium Eden Hazard, 31 tahun, sudah mengumumkan Qatar 2022 adalah aksi terakhir mereka.



Penyerang Portugal Cristiano Ronaldo, 37 tahun, dan rakan senegaranya Pepe, 39 tahun; Robert Lewandowksi, 34 tahun, dari Poland; tonggak Croatia Luka Modric, 37 tahun; dan bintang Brazil Neymar, 30 tahun dijangka mengucapkan selamat tinggal, walaupun tidak mempunyai pengakhiran sempurna di Qatar.



Justeru, Piala Dunia 2022 istimewa bukan saja kerana ia berjaya membawa kegembiraan dan menyentuh hati kita, tetapi juga kerana ia memberi kita bayangan masa depannya, sedang sukan itu beralih ke era baru.



Edisi empat tahun akan datang - akan dihoskan bersama Amerika Syarikat, Canada dan Mexico - dijangka berbeza.



Bintang bola sepak G.O.A.T, atau Greatest Of All Time (singkatan Terhebat Sepanjang Zaman), dan pemain lain yang kita puja mungkin memegang peranan berbeza.



Usia mungkin tidak membenarkan mereka menggelecek bola di padang lagi untuk menghiburkan kita semua. Bintang muda yang kian melonjak naik tahun ini bakal menjadi wira baru pada 2026.



Jurang pasukan Asia dan Afrika dengan Eropah dan Amerika Selatan pula dijangka lebih rapat. Lebih banyak pasukan Asia masuk pusingan kalah mati Piala Dunia 2026?



Tidak mustahil dan tidak salah bermimpi.



Pada akhirnya, keputusan Fifa membawa Piala Dunia ke Timur Tengah berhasil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >