LONDON: Pengurus Leicester City Claudio Ranieri menekankan beliau tidak akan menghalang pemain yang ingin meninggalkan kelab itu apabila tempoh pemindahan pemain dibuka semula Januari ini sekiranya beliau dapat mencari pengganti yang sesuai.
Penyerang Leonardo Ulloa' pemain sayap Jeffrey Schlupp, dan bakat muda Bartosz Kapustka dikatakan akan meninggalkan King Power Stadium bulan depan selepas kerap memanaskan bangku pemain simpanan.