Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Raphinha tunjuk taring, Mbappe hambar dalam suku akhir pertama

Liga Juara-Juara: Pemain midfield jaringkan dua gol untuk Barcelona tundukkan PSG 3-2 dalam perlawanan pertama
Apr 11, 2024 | 12:20 PM



PARIS: Pemain sayap Raphinha menonjolkan taringnya bagi membantu Barcelona mengalahkan Paris St-Germain (PSG) 3-2, sedang bintang PSG, Kylian Mpabbe, tidak menyerlah dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara pada 11 April.


Perlawanan itu menyaksikan Raphinha menjaringkan dua gol – pertama dengan memanfaatkan kesilapan penjaga gawang PSG, Gianluigi Donnarumma, pada minit ke-37, dan kedua melalui tendangan sangga, atau voli, pada minit ke-62.

Bekas naib juara Liga Juara-Juara bersama Liverpool, Peter Crouch, berkata: “Saya berpendapat Raphinha adalah pemain kelas pertama.

“Ada begitu banyak yang boleh dikagumi secara teknikal mengenai gol keduanya.”

Pemain antarabangsa Brazil itu menjadi duri kepada pertahanan PSG setelah berjaya melepaskan enam sepakan – empat menepati sasaran dan enam sentuhan dalam kotak penalti lawan untuk Barcelona.

Pengurus Barcelona, Xavi, berkata tunjang serangan Robert Lewandowski dan Raphinha “mengatur perbezaan dalam perlawanan”. Hasil prestasi hebatnya, Raphinha dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan itu.

Xavi berkata: “Saya sangat gembira dan sangat bangga akan (prestasi) pasukan ini.

“Beberapa minggu kebelakangan ini, kami berusaha gigih semasa latihan. Jadi bermain di padang lawan dan pulang dengan kemenangan adalah sesuatu yang positif.

“Kemenangan memang penting, tetapi pertarungan (bagi suku akhir) belum berakhir.”

Xavi berkata kelab itu turut “bangga” akan bakat-bakat muda yang diketengahkannya.

“Mereka mempunyai lebih banyak komitmen dengan pasukan ini. Saya gembira kerana ia adalah (pasukan) Barca yang baru tetapi kami berada dalam keadaan baik,” kata Xavi.

Nasib berbeza dihadapi bintang PSG, Mbappe. Beliau hanya berdaya melepaskan tiga rembatan – semua tidak menepati sasaran.

Bekas pemain Manchester United dan pemenang Liga Juara-Juara pada 2008, Rio Ferdinand, berkata: “Pemain terbaik di dunia, Kylian Mpabbe, tidak cemerlang hari ini dan apabila beliau tidak cemerlang, PSG selalunya juga tidak cemerlang.

“Prestasi hambarnya tidak boleh diulangi (dalam pusingan kedua). Tiada kebimbangan bahawa beliau akan tercegat dalam perlawanan penting, sebaliknya itulah masanya beliau penuh bersemangat.

“Jika beliau ingin hidupkan semangat itu, beliaulah pemain yang dapat membawa PSG ke pusingan seterusnya.”

Dalam pada itu, Christensen membuktikan dirinya sebagai ‘super sub’ apabila menjaringkan gol kemenangan Barcelona.

PSG bangkit daripada persembahan hambar pada separuh masa pertama dengan menjaringkan dua gol dalam enam minit pada separuh masa kedua.

Ousmane Dembele membolosi gawang kelab lamanya itu bagi gol penyamaan PSG, dan Vitinha meletak kelab Paris itu di depan sebelum Barca bangkit memenangi perlawanan.

Jaringan Christensen, yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada hari jadinya yang ke-28, menamatkan rekod 27 perlawanan tanpa kalah PSG dan memberi kelebihan kepada Barca menjelang aksi timbal balas pada 17 April.

Aksi kedua itu akan berlangsung di Montjuic, stadium sementara Barcelona. Ini kali pertama sejak 2020 Barcelona mara hingga ke suku akhir Liga Juara-Juara. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >