Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rashford sertai Villa hingga tamat musim

Feb 3, 2025 | 3:54 PM
Marcus Rashford, pemain penyerang Manchester United sejak beliau kecil lagi akhirnya menyertai Aston Villa secara pinjaman selepas tidak beraksi bersama Manchester United, sejak Disember 2024.
Marcus Rashford, pemain penyerang Manchester United sejak beliau kecil lagi akhirnya menyertai Aston Villa secara pinjaman selepas tidak beraksi bersama Manchester United, sejak Disember 2024. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Penyerang pasukan Manchester United, Marcus Rashford, menyertai Aston Villa secara pinjaman, dengan kedua-dua kelab Liga Perdana England (EPL) itu mengumumkan pada 2 Februari lalu bahawa ia menamatkan beberapa minggu yang sukar untuk penyerang England itu selepas dia diketepikan oleh pasukannya.

Rashford, yang telah bermain sebanyak 60 kali bersama England, akan menyertai Villa sehingga akhir musim ini.

“Saya bertuah kerana mempunyai beberapa kelab yang mendekati saya tetapi saya memilih Aston Villa.

“​​Saya kagum dengan cara Aston Villa bermain musim ini, dan juga impian pengurusnya bagi pasukan ini.

“Saya hanya mahu bermain bola sepak dan teruja memulakan permainan (bersama mereka),” kata Rashford di akaun media sosialnya.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Manchester United dan Aston Villa kerana meluluskan perjanjian pinjaman ini... Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua di Manchester United sepanjang musim ini,” tambahnya.

Rashford telah menjaringkan 138 gol dalam 426 penampilan bagi Manchester United.

Beliau telah menjulang Liga Europa, dua Piala FA dan dua Piala Liga bersama Manchester United sebelum ini.

Namun, penyerang itu tidak beraksi bersama United sejak pertengahan Disember selepas mengakui sudah bersedia menyahut cabaran baru dalam kerjayanya.

Pengurus United, Ruben Amorim mempersoalkan komitmen penyerang itu dan mempertahankan keputusannya untuk sekali lagi mengetepikan Rashford daripada skuadnya semasa kemenangan ke atas Fulham pada Januari.

Amorim menegaskan beliau lebih suka meletakkan jurulatih penjaga gol di bangku simpanan daripada pemain yang tidak memberi komitmen yang terbaik.

Rashford juga telah menjaringkan 17 gol buat England. Beliau bermain dalam dua Piala Dunia dan dua Kejohanan Eropah bersama England.

Villa juga menandatangani pemain pertahanan Sepanyol Andres Garcia dari Levante dan penyerang Belanda Donyell Malen dari Borussia Dortmund semasa jendela perpindahan Januari ini. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg