SKUAD sepak takraw nasional tidak akan beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur pada Ogos ini selepas rayuannya ditolak Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).
Jawatankuasa Rayuan SNOC yang bersidang bagi membincangkan rayuan yang dikemukakan persatuan sukan nasional (NSA) petang semalam turut menolak penyertaan dua cabang sukan lain - bola tampar dan angkat berat - daripada mewakili Singapura di temasya Sukan SEA KL yang dijadualkan berlangsung pada 19-30 Ogos.