Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Real Madrid, Manchester City bakal saing dalam Piala Dunia Kelab Fifa 2025

Dec 18, 2023 | 03:43 PM



PARIS: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengumumkan butiran pada 17 Disember mengenai format terkini untuk Piala Dunia Kelab Fifa yang akan bermula pada 2025. 


Edisi pertama itu akan menampilkan pasukan terkemuka Eropah seperti Real Madrid dan Manchester City.

Kejohanan itu akan diadakan dari 15 Jun hingga 13 Julai di Amerika Syarikat dan akan mengumpulkan 32 pasukan dalam lapan kumpulan.

Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan. 

“Kelab memainkan peranan penting dalam bola sepak dunia.

“Piala Dunia Kelab Fifa 2025 akan mendapat pencapaian penting dalam menyediakan pentas yang sesuai bagi kelab-kelab dari semua persekutuan untuk bersinar di pentas tertinggi,” kata presiden Fifa, Gianni Infantino.

“Pertandingan ini akan diadakan secara terbuka, menekankan pada prestasi sukan dan akan menjadi kunci dalam usaha kami untuk menyejagatkan bola sepak.”

Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) akan diwakili 12 pasukan, sementara Conmebol (Amerika Selatan) akan membawa enam pasukan.

Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dan Persekutuan Bola Sepak Amerika Utara dan Tengah serta Caribbean (Concacaf) masing-masing akan membawa empat pasukan, manakala Gabungan Bola Sepak Oceania (OFC) akan diwakili oleh satu pasukan.

Empat tempat khas untuk pasukan Eropah telah diberikan kepada pemenang Liga Juara-Juara.

Ini bermula dari 2021 termasuk Chelsea, Real Madrid, dan Manchester City.

Pemenang Liga Juara-Juara pada 2024 juga akan mendapat tempat di Kelab Piala Dunia. 

Di samping itu, lima lagi kelab dari benua Eropah telah mengesahkan kelayakan mereka untuk kejohanan 2025, berdasarkan kedudukan mereka dalam ranking Uefa.

Kelab tersebut adalah Paris Saint-Germain, Bayern Munich, Inter Milan, Porto, dan Benfica.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >