Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guardiola harap Haaland kembali beraksi sebelum Piala Dunia Kelab

Dec 11, 2023 | 1:47 PM
PEMAIN PENTING: Penyerang Manchester City, Erling Haaland, mengalami kecederaan kaki semasa latihan.
PEMAIN PENTING: Penyerang Manchester City, Erling Haaland, mengalami kecederaan kaki semasa latihan. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata beliau berharap Erling Haaland dapat pulih untuk bermain di perlawanan pertama Piala Dunia Kelab pada 19 Disember.

Penyerang Norway itu, yang telah memulakan kesemua 15 perlawanan Liga Perdana England (EPL) City musim ini, terlepas perlawanan kemenangan 2-1 ke atas Luton pada 10 Disember akibat kecederaan kaki.

Apabila ditanya berapa lama Haaland akan direhatkan, Guardiola memberitahu media:

“Kami tidak tahu. Kami akan lihat. Semoga kami dapat memulihkannya untuk Piala Dunia (Kelab).”

City akan bermain perlawanan pertama mereka – menentang Club Leon dari Mexico atau Urawa Red Diamonds dari Jepun – di Piala Dunia Kelab, Arab Saudi pada 19 Disember.

Pada masa ini, Haaland merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana England (EPL) musim ini dengan 14 gol, dan mempunyai 19 gol dalam semua pertandingan untuk City.

“Erling sangat penting sejak beliau tiba. Tetapi pada musim ini kami mengalami perkara seperti ini. Kecederaan, dan ia masalah yang kami perlu sesuaikan diri,” kata Guardiola.

City akan menentang Red Star Belgrade pada 14 Disember untuk perlawanan Liga Juara-juara sebelum menentang Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana pada 16 Disember. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg