LONDON: Juara Formula Satu (F1), Red Bull berharap untuk meningkatkan rentak dalam enam pusingan terakhir musim ini selepas Max Verstappen muncul lebih kuat daripada yang dijangkakan menyusuli perlumbaan berturut-turut di Azerbaijan dan Singapura, kata ketua pasukan Christian Horner.
Juara dunia tiga kali itu, yang akan berusia 27 tahun minggu depan, mempunyai kelebihan mengatasi Lando Norris dari McLaren selepas meraih jurang mata kian rapat – daripada 62 kepada 52 pada masa kini menyusuli selepas Grand Prix Italy di Monza pada 1 September.
Musim ini mempunyai masa rehat empat minggu sebelum urutan perlumbaan Amerika Syarikat – Mexico – Brazil bermula di Austin, Texas, pada 20 Oktober, diikuti dengan satu lagi tiga perlumbaan terakhir Las Vegas – Qatar – Abu Dhabi.
“Saya rasa kami mempunyai perkembangan dan kami telah memahami beberapa isu dengan kereta itu. Saya rasa kami mula menanganinya,” kata Horner selepas Verstappen menamatkan saingan jauh di belakang Norris di Singapura.
Beliau menambah, “Kami lebih baik di Baku dan bertambah baik di Singapura.”
Pemandu Belanda itu menduduki tempat kelima di Baku selepas berada di tempat keenam di Monza, keputusan yang sama diraih di Monaco pada Mei, dan dianggap musim terburuk setakat ini.
Verstappen memenangi kesemua enam perlumbaan musim lalu, dan Horner merasakan pasukan itu berada di landasan yang betul walaupun McLaren mendahului 41 mata dalam kedudukan konstruktor.
“Saya fikir perkara yang menggalakkan ialah kereta bertindak balas seperti yang kami harapkan,” katanya mengenai perlumbaan di Singapura.
“Pasukan kami sudah mula mendapat hala tuju dan pemahaman tentang beberapa batasan dan puncanya. Itu membuka laluan pembangunan yang diharapkan,” katanya lagi.
“Saya rasa apa yang berlaku di Monza sebagai pembuka mata dan saya mengambil Monza sebagai titik rendah. Kami akan mula membina daripada itu,” katanya lagi.
Walaupun McLaren percaya kejuaraan pemandu sedang berlangsung, realitinya ialah Norris masih mempunyai cabaran perlu diatasi.
Satu kekalahan boleh menjadikan persaingan terbuka luas, tetapi pemandu Britain itu perlu meningkatkan prestasinya pada masa ini.
Azerbaijan dan Singapura dilihat sebagai litar di mana Norris dan McLaren boleh membuat keuntungan besar, dan Ferrari kelihatan lebih mengancam, tetapi akhirnya Verstappen tewas 10 mata kepada pesaingnya.
Namun, Norris masih hampir sama jauh dari Verstappen seperti ketika beliau memperoleh kemenangan pertamanya dalam pusingan keenam di Miami pada Mei.
Terdapat 12 perlumbaan sejak itu dan walaupun Verstappen tidak menang sejak Jun serta mengalami lapan kekalahan perlumbaan berturut-turut, tahap pendahuluannya masih baik.
“Agak gembira, tetapi masih banyak kerja yang perlu dilakukan,” kata Verstappen selepas perlumbaan Singapura. “Kami tahu itu. Semoga sekarang kami benar-benar boleh memulakan sesuatu.” – Agensi berita.
“
“Pasukan kami sudah mula mendapat hala tuju dan pemahaman tentang beberapa batasan dan puncanya. Itu membuka laluan pembangunan yang diharapkan. Saya rasa apa yang berlaku di Monza sebagai pembuka mata dan saya mengambil Monza sebagai titik rendah. Kami akan mula membina daripada itu.”Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg