Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Remaja 18 tahun seret Djokovic lebih 4 jam sebelum tewas

Pemain tenis nombor satu dunia kagum bakat Prizmic, beri saingan sengit walau pertama kali di pentas utama
Jan 15, 2024 | 04:37 PM



MELBOURNE: Pemain tenis remaja Dino Prizmic menyeret pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, selama lebih empat jam dalam perlawanan pusingan pertama Terbuka Australia sebelum tewas di tangan juara bertahan kejohanan itu pada 14 Januari.


Djokovic perlu bertungkus-lumus dalam perlawanan di Arena Rod Laver untuk menewaskan remaja berusia 18 tahun itu 6-2, 6-7 (5-7), 6-3, 6-4.

Selepas tamat perlawanan, pemain veteran berusia 36 tahun itu memuji bakat Prizmic, asal Croatia, dalam perlawanan sulung Grand Slamnya.

Beliau berkata: “Prizmic layak menerima semua pujian pada hari ini. Beliau seorang pemain hebat, sangat matang... beliau memaksa saya bekerja keras.

“Ia satu persembahan mengagumkan bagi seorang remaja yang tidak pernah ada pengalaman bermain di pentas utama.

“Jika difikirkan, usia saya dua kali ganda daripadanya. Saya ada beberapa permainan yang baik tetapi saya masih mencari momentum di gelanggang tenis secara fizikal.”

Pemain asal Serbia itu bermain dalam Terbuka Australia yang pertamanya beberapa bulan sebelum pemain remaja tersebut dilahirkan pada 2005.

Prizmic menyerlahkan bakatnya apabila berjaya mematahkan rentak prestasi Djokovic dalam set kedua.

Pemain di tangga ke-178 dunia itu terus mengasak dan memaksa Djokovic bermain dalam ‘tie-break’ meski terpaksa meneruskan permainan dengan betis yang dibalut rapi pada waktu rehat.

Djokovic pula cuba mempertajamkan serangan pada awal perlawanan tetapi ia dipatahkan remaja itu sehingga set ketiga – Djokovic belum pernah kalah dalam Terbuka Australia sepanjang 28 perlawanan.

“Ini masa beliau (Prizmic) berbangga, malah beliau mungkin boleh menang. Ia prestasi hebat bagi seseorang yang berusia 18 tahun... saya pasti ingin berada di sisinya, beliau akan mencapai perkara yang besar dalam kerjayanya,” jelas Djokovic.

Djokovic bakal berdepan dengan Alexei Popyrin – yang menewaskan seteru senegara, Marc Polmans, dari Australia – untuk mempertahankan rekod kejuaraan Grand Slam ke-25.

Dalam pada itu, pemain di tangga kelima dunia, Andrey Rublev, turut terkial-kial dalam pusingan pertama kejohanan tersebut.

Beliau berdepan dengan Thiago Seyboth Wild dan mengakui bahawa lawannya layak menewaskan beliau – itulah juga penyuntik semangat yang digunakan untuk membebaskan minda dan kembali kepada rentak yang diinginkannyya.

Rublev, pemain asal Rusia, menewaskan pemain dari Brazil itu 7-5, 6-4, 3-6, 4-6, 7-6 (10-6). – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >