Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Remaja juara luncur ais AS Alysa Liu bersara

Apr 17, 2022 | 05:46 AM



NEW YORK: Atlet luncur ais Amerika Syari-kat, Alysa Liu, mengumumkan persaraannya pada usia 16 tahun, sambil berkata beliau telah mencapai semua matlamat yang ditetapnya dalam sukan itu.



Remaja itu juara Amerika sebanyak dua kali.



Liu merangkul pingat gangsa tahun ini dalam kejuaraan dunia dan bertanding dalam Sukan Olimpik Beijing 2022, di mana beliau menamatkan pertandingan itu di tempat ketujuh.



"Saya di sini ingin mengumumkan persaraan saya daripada sukan luncur ais," tulisnya di Instagram.



"Saya berkecimpung dalam sukan ini sejak saya berusia lima tahun, jadi sudah 11 tahun saya terlibat dalam sukan ini dan ia adalah satu peristiwa mengagumkan.



"Banyak baik dan buruk yang telah saya lalui, namun itulah hakikatnya. Saya telah membuat ramai kawan dan banyak lagi kenangan indah yang akan saya simpan seumur hidup saya.



"Sejujurnya, saya tidak terfikir saya mampu mengecap banyak kejayaan."



Liu memenangi gelaran juara di peringkat senior Amerika pertamanya pada 2019 ketika berusia 13 tahun, melakukan lompatan triple axel yang jarang dilakukan, sekali gus memecahkan rekod Tara Lipinski untuk menjadi juara kebangsaan termuda.



Beliau mempertahankan gelarannya pada 2020 dan menjadi atlet Amerika yang menduduki ranking teratas pada Sukan Olimpik 2022 dalam acara yang terpalit dengan kontroversi penyalahgunaan dadah melibatkan atlet Russia, Kamilia Valieva.



"Saya berasa sangat puas hati mengenai perjalanan kerjaya saya dalam sukan luncur ais ini," tulis Liu.



"Sekarang, selepas saya berjaya mencapai semua matlamat saya dalam sukan ini, saya akan meneruskan hidup saya."



Persaraan Liu dibuat sebulan selepas bapanya mendedahkan bahawa beliau terlibat dalam skandal pengintipan China.



Semasa di Beijing, Liu dan bapanya, Arthur, bekas pelarian politik, menjadi sasaran operasi pengintipan yang didakwa Jabatan Kehakiman Amerika diarahkan oleh pemerintah China.



Bapanya menyatakan bahawa pada November lalu, beliau dihubungi oleh seorang yang mendakwa merupakan pegawai bersama Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Amerika (USOPC) dan meminta nombor pasportnya serta Liu.



"Saya berasa tidak sedap hati dan curiga. Sepanjang berurusan dengan persatuan luncur ais Amerika, mereka tidak pernah menelefon saya untuk meminta salinan pasport kami.



"Saya meletakkan telefon sejurus selepas saya sedar apa yang dikehendaki individu itu," kata beliau.



Semasa di temasya itu, Liu juga memberitahu bapanya bahawa beliau didatangi orang yang tidak dikenali dan diekori.



Orang itu juga menyuruh Liu mengikutinya balik ke apartmennya. - Agensi berita.




"Saya telah membuat ramai kawan dan banyak lagi kenangan indah yang akan saya simpan seumur hidup saya... Saya berasa sangat puas hati mengenai dengan perjalanan kerjaya saya dalam sukan luncur ais. Sekarang, selepas saya berjaya mencapai semua matlamat saya dalam sukan ini, saya akan meneruskan hidup saya."
- Alysa Liu, juara luncur ais Amerika sebanyak dua kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >