Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja kekal kerja keras meskipun rangkul kejuaraan tiga kali

Liyana ingin jadikan bola sepak sebagai kerjayanya pada masa hadapan
Jan 22, 2025 | 8:16 PM
Liyana Indah Rickit (dua dari kanan) merupakan pemain bahagian tengah dalam pasukan  bola sepak Sekolah Menengah Meridian.
Liyana Indah Rickit (dua dari kanan) merupakan pemain bahagian tengah dalam pasukan bola sepak Sekolah Menengah Meridian. - Foto SEKOLAH MENENGAH MERIDIAN

Bermain bola sepak sejak usia tujuh tahun, Liyana Indah Rickit telah memenangi tiga kejuaraan bola sepak Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG) berturut-turut bersama pasukan Sekolah Menengah Meridian, dan merupakan seorang pemain Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Wanita Bawah 19 tahun.

Didorong cita-citanya untuk menyarung jersi nasional satu hari nanti, Liyana kekal bekerja keras untuk mencapai impiannya itu, sedang dia menguruskan pelajarannya – apatah lagi gadis itu bakal menduduki Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ pada 2025.

“Saya cuba untuk kekal rendah diri. Pada mulanya, saya tidak begitu baik, dan saya memulakan perjalanan saya daripada suatu tempat. Kita semua bermula daripada suatu tempat,” tambah Liyana yang akur dirinya terus kekal berlatih dalam bola sepak.

Liyana, 15 tahun memberi tumpuan kepada NSG tahun ini dan gembira diberi peluang bermain bersama pasukan sekolahnya sekali lagi.

Sebagai seorang pelajar menengah empat, tahun ini merupakan kali terakhir dia akan bermain bersama pasukan sekolahnya.

Liyana Indah Rickit (kemeja T hitam, berdiri enam dari kanan) bersama rakan sepasukannya yang merangkul kejuaraan Sukan Sekolah Kebangsaan divisyen ‘B’ pada 2024.
Liyana Indah Rickit (kemeja T hitam, berdiri enam dari kanan) bersama rakan sepasukannya yang merangkul kejuaraan Sukan Sekolah Kebangsaan divisyen ‘B’ pada 2024. - Foto BH oleh MOHD RIEFQAN IMAN

Berazam untuk terus bermain hingga ke tahap profesional, Liyana yang merupakan anak bongsu tiga beradik berkata dia ingin menjadikan bola sepak sebagai kerjayanya pada masa hadapan.

“Ia merupakan impian saya untuk bermain dalam liga di luar Singapura,” kata Liyana.

Sebagai seorang pelajar atlet, Liyana perlu mengimbangi masa yang digunakan untuk berlatih tanpa melupakan usaha mengulang kaji pelajaran.

Dia melakarkan jadual waktu untuk memberi masa yang seimbang bagi latihan dan pendidikan akademiknya, katanya lagi.

Liyana berkata demikian kepada Berita Harian semasa ditemui di majlis perasmian Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG) 2025 yang berlangsung di OCBC arena pada 22 Januari.

Ia dihadiri tetamu terhormat, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Dalam NSG kali ini, lebih 66,000 atlet pelajar akan bersaing merentasi 29 sukan dan lebih 250 pertandingan peringkat divisyen untuk atlet lelaki dan perempuan.

Sebelum bermulanya musim NSG 2025, Liyana akur akan kepentingan atlet muda sepertinya untuk kekal berfikiran positif walaupun sedang menghadapi rintangan.

Dia berharap untuk menjadikan segala rintangan yang bakal ditempuhinya sebagai motivasi untuk kekal melakukan yang terbaik dalam latihan yang dilaluinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg