Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Riyadh raih gangsa di kejohanan basikal lasak Asia

Oct 31, 2023 | 03:45 PM



Empat tahun selepas dinobat juara pada 2019, pelumba basikal Singapura, Riyadh Hakim, kembali menaiki podium Kejohanan Berbasikal Lasak Asia.

Pada Ahad, Riyadh, 25 tahun, berjaya mara ke final acara lelaki Cross-Country Eliminator (XCE) dan muncul di tempat ketiga secara keseluruhan sekali gus membawa pulang pingat gangsa dari Kerala, India.

Meskipun kemenangan pingat gangsa itu tidak sehebat berbanding kejuaraannya empat tahun lalu, Riyadh menyifatkan pencapaian itu “yang lebih manis” dalam arena saingan yang lebih sengit kali ini.

Pada 2019, beliau menjadi pelumba basikal Singapura pertama meraih pingat emas di kejohanan itu.

Berkongsi detik manisnya itu ketika dihubungi Berita Harian pada Isnin, Riyadh berkata:


“Ia rasa seakan mimpi. Boleh dikatakan, pingat gangsa ini terasa lebih manis sedikit berbanding kemenangan pada 2019.

Format perlumbaan XCE dianggap baru pada 2019, tetapi kini semakin menarik tumpuan dan tahap pertandingannya adalah lebih tinggi berbanding dahulu, tambah Riyadh.

Acara XCE 2023 menampilkan hampir 50 peserta yang bertanding, termasuk pelumba dari negara berbasikal hebat Asia seperti China, Korea dan Kazakhstan.

Dalam kejohanan sepanjang tiga hari itu, Riyadh memenangi semua perlumbaan – pusingan saringan, suku akhir dan separuh akhir – sebelum ke final, yang menjadikan “kemenangan ini juga lebih istimewa”.

Riyadh meneruskan rentaknya di peringkat final apabila mendahului pusingan pertama perlumbaan.

Tetapi, beliau tidak mampu mempertahankan kedudukan itu dan akhirnya, diatasi dua pesaing dari China.

Pelumba basikal China, Lyu Xianjing menjuarai final XCE, manakala rakan senegaranya, Yuan Jiawei mendapat tempat kedua.

Final itu disertai empat pelumba dan Riyadh merupakan satu-satunya wakil yang bukan dari China.

XCE adalah perlumbaan ‘mountain bike’ atau basikal lasak di mana empat peserta bersaing untuk menyingkirkan satu sama lain dalam setiap pusingan saringan.

Dua peserta terpantas akan melayakkan diri ke pusingan seterusnya manakala dua peserta lain akan disingkirkan hingga empat peserta terakhir berjuang merebut takhta juara.

“Untuk meraih pingat di peringkat elit di Kejohanan Asia membuktikan bahawa saya masih berupaya untuk mencapai lebih kejayaan dalam tahun-tahun mendatang dan terus bersemangat untuk menjadi yang lebih baik,” ujar Riyadh.

Kemenangan pingat gangsa Riyadh itu muncul kira-kira sebulan selepas beliau membuat penampilan sulungnya dalam Sukan Asia.

Pada September, beliau beraksi dalam acara Cross-country Olympics (XCO) di Hangzhou, China dan berjaya meraih tempat kesembilan daripada 17 pelumba.

Mengimbas pengalaman itu, Riyadh berkata:

“Penampilan pertama di Sukan Asia pastinya menjadi kemuncak tahun ini. Daripada mencapai standard kelayakan (untuk ke Sukan Asia) kepada tempoh latihan yang berbulan lamanya, intensif dan berada pada tahap kecergasan yang terbaik dalam kerjaya saya.

“Seluruh proses ini – di mana saya dapat bersaing dan mencapai prestasi terbaik dengan mendapat kedudukan tempat kesembilan di Hangzhou – pastinya membentuk masa depan yang baik untuk saya.”

Dengan kejayaannya di India, Riyadh kini lebih yakin untuk menempuhi baki kejohanannya pada 2023.

Beliau akan bertanding dalam Kejohanan Dunia XCE pada pertengahan November di Palangkaraya, Indonesia, sebelum menutup musim 2023-nya dalam perlumbaan jalanan selama tiga hari, Tour de Siak, juga di Indonesia, pada Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >