Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Robinho diarah jalani hukuman penjara 9 tahun di Brazil

Mar 21, 2024 | 11:44 AM
Robinho, bekas penyerang Manchester City dan Real Madrid, diarah menjalani hukuman penjara sembilan tahun kerana terlibat dalam kes rogol berkumpulan pada 2013.
Robinho, bekas penyerang Manchester City dan Real Madrid, diarah menjalani hukuman penjara sembilan tahun kerana terlibat dalam kes rogol berkumpulan pada 2013. - Foto AFP

BRAZIL: Robinho, bekas penyerang Manchester City dan Real Madrid, telah diarah mahkamah menjalani hukuman penjara sembilan tahun di negaranya di Brazil akibat tuduhan rogol.

Robinho, 40 tahun, didapati salah oleh mahkamah di Italy pada 2017 kerana terlibat dalam kes rogol berkumpulan wanita warga Albania, 22 tahun, pada 2013.

Sejak itu, dia menetap di Brazil, namun ini tidak mengecualikannya daripada hukuman jenayah dari Italy.

Hakim di Brazil memutuskan bahawa dia harus menjalani hukuman di Brazil berikutan permintaan dari Italy.

Namun, Robinho kekal bebas sementara menunggu kemungkinan rayuan terhadap keputusan itu, kata peguam.

Bekas pemain antarabangsa Brazil itu, yang mempunyai 100 penampilan untuk negaranya, bermain untuk AC Milan semasa jenayah itu berlaku.

Selepas didapati bersalah dan rayuannya pada 2020 ditolak, mahkamah tertinggi Italy mengekalkan hukumannya pada 2022.

Pendakwa raya Italy kemudian mengeluarkan waran tangkap antarabangsa ke atasnya.

Robinho, yang bermain untuk Manchester City selama dua tahun, memberitahu media Brazil bahawa hubungan seks itu berlaku tanpa dipaksa.

Robinho memenangi dua piala La Liga dalam empat musim di Real Madrid, sebelum menyertai City pada September 2008.

Dia kemudian menyertai AC Milan dan menghabiskan lima tahun berikutnya sebelum berpindah ke kelab China, Guangzhou Evergrande, dan kembali ke Brazil bersama Atletico Mineiro. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg