Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dani Alves dibebas dengan ikat jamin 1j euro

Mar 21, 2024 | 11:32 AM
Bekas pemain pertahanan Brazil dan Barcelona, Dani Alves, akan dibebaskan daripada penjara selepas membayar ikat jamin 1 juta euro ($1.4 juta) susulan kes rogol wanita di kelab malam Barcelona.
Bekas pemain pertahanan Brazil dan Barcelona, Dani Alves, akan dibebaskan daripada penjara selepas membayar ikat jamin 1 juta euro ($1.4 juta) susulan kes rogol wanita di kelab malam Barcelona. - Foto AFP

SEPANYOL: Mahkamah Sepanyol memutuskan bahawa bekas pemain bola sepak Barcelona dan Brazil, Dani Alves, boleh dibebaskan daripada penjara selepas menjalani kira-kira satu perempat daripada hukuman penjara setelah didapati bersalah dalam kes rogol.

Alves, yang dikenakan hukuman penjara empat setengah tahun pada Februari, akan dibebaskan dengan ikat jamin 1 juta euro ($1.4 juta).

Dia ditahan dalam tahanan praperbicaraan sejak Januari 2023.

Alves, 40 tahun, didapati bersalah merogol seorang wanita di kelab malam Barcelona pada Disember 2022.

Syarat yang ditetapkan untuk kebebasan Alves termasuk menyerahkan kededua pasport Brazil dan Sepanyolnya agar dia tidak boleh meninggalkan Sepanyol.

Dia juga harus hadir di hadapan mahkamah setiap minggu.

Mahkamah juga mengenakan perintah sekatan, menghalangnya daripada mendekati mangsa.

Keputusan itu ditentukan sehari selepas peguam Alves meminta dia dibebaskan kerana telah menjalani seperempat daripada hukumannya dalam tahanan praperbicaraan berikutan penahanannya.

Keputusan itu masih boleh dirayu kerana ia tidak mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada kesemua peguam yang terlibat.

“Pada saya, ini merupakan satu skandal bahawa mereka membenarkan individu yang boleh mengumpul satu juta euro dengan mudah, untuk dibebaskan,” kata peguam pihak mangsa, Cik Ester Garcia.

Beliau memberitahu media bahawa beliau “marah dan tidak berpuas hati” dengan keputusan itu.

Beliau juga menambah bahawa ia adalah “keadilan (sistem) untuk orang kaya” dan akan membuat rayuan atas keputusan itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg