Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN

Ronaldo bawa huraian atau masalah bagi Man Utd?

Feb 20, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Apabila Cristiano Ronaldo membuat kepulangan sensasinya ke Manchester United pada musim panas lalu, ia dianggap sebagai cebisan terakhir dalam 'jigsaw' bagi kelab yang ingin mencari semula kejayaan mereka dahulu.



Ole Gunnar Solskjaer telah memperoleh tempat kedua dalam Liga Perdana musim lalu dan dengan pemindahan wang besar Jadon Sancho serta Raphael Varane juga menyertainya, dorongan untuk kejuaraan liga ke-21 dan yang pertama sejak 2013 dianggap sebagai kemungkinan yang realistik.



Tetapi, enam bulan selepas itu, Solskjaer telah dipecat dan Ronaldo pula mengharungi 'kemarau' gol paling lamanya dalam lebih sedekad ketika Red Devils mendambakan konsistensi, bergelut untuk mencari jaringan dan bertungkus-lumus untuk mendapatkan kedudukan empat teratas di liga.



Penyerang Portugal itu masih mempunyai beberapa gol penting untuk pasukan musim ini, tetapi impian kembali ke kelab itu pantas bertukar menjadi mimpi ngeri.



Bos sementara, Ralf Rangnick, menyatakan secara terbuka bahawa keperluan United untuk mendapatkan penyerang pada musim panas adalah sesuatu yang "jelas".



Ditanya selepas keputusan seri 1-1 United menentang Southampton minggu lalu sama ada beliau bimbang dengan prestasi Ronaldo, Rangnick berkata:



"Beliau pasti mahu menjaringkan gol, saya mahu beliau menjaringkan gol, seluruh pasukan akan melakukannya.



"Beliau mempunyai peluang yang baik - salah satu peluang terbesar dalam permainan apabila beliau melepasi penjaga gol tetapi ia telah diselamatkan".



Peluang yang disebut Rangnick datang pada minit keenam, apabila Ronaldo menewaskan penjaga gol Saints, Fraser Forster, tetapi rembatan kaki kiri yang lemah ditepis keluar dari garisan oleh Romain Perraud.



Sancho telah memberikan tuan rumah pendahuluan pada minit ke-21 tetapi untuk perlawanan ketiga berturut-turut, mereka gagal mengasak keunggulan dan disandarkan untuk keputusan seri dengan gol penyamaan separuh masa kedua Che Adams.



Secara keseluruhan, Ronaldo hanya mempunyai dua percubaan dalam permainan itu, yang kedua datang dari sudut dan merembat terus ke arah Forster.



Namun, Ronaldo tidak patah semangat dan beliau bangkit semula dalam perlawanan liga menentang Brighton pada Rabu lalu untuk mengubah nasibnya. Sebelum perlawanan itu, beliau mendapati dirinya dalam enam perlawanan tanpa menjaringkan gol, tempoh 'kemarau' yang paling lama dalam 11 tahun.



Meskipun begitu, Ronaldo adalah penjaring terbanyak kelab musim ini dengan 15 gol.



Enam daripada jaringan itu datang di Eropah di mana beliau telah membawa United ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, dengan kemenangan lewat menentang Villarreal dan Atalanta, dan satu lagi jaringan pada masa kecederaan menentang pasukan Serie A itu untuk meraih keputusan seri.



Pakar bola sepak Eropah, James Horncastle, dalam podcast Liga Euro berkata:



"United merasakan mereka perlu teruskan dan memenangi kesemua kejuaraan, namun bahagian yang hilang adalah seorang pengurus.



"Pemain yang mereka ambil masuk sehingga hari-hari terakhir memang memberi sedikit keyakinan bahawa United akan semakin dekat. Sekarang anda letakkan Ronaldo di sana dan dinamik telah berubah sepenuhnya.



"Disebabkan apa yang beliau boleh tawarkan kepada kelab, anda perlu mencari sistem yang merangkumi beliau dan selalunya itu bermakna anda meninggalkan apa yang anda perjuangkan sebagai jurulatih dari segi falsafah anda.



"Apabila beliau masih memberikan sorotan yang tidak dapat dilupakan dan bukannya persembahan dan ia menjana banyak reaksi - 'wah, lihat Ronaldo, beliau masih boleh'.



"Apa yang mereka lakukan adalah menutup beberapa disfungsi dan kelemahan dalam sistem. Ia adalah sepana emas dalam kerja".



Rangnick enggan menyalahkan Ronaldo semata-mata mengenai keputusan seri menentang Southampton itu dan berkata pasukannya itu "mencipta peluang yang cukup" tetapi tidak cukup berkesan dalam "jumlah gol yang kami jaringkan".



Statistik juga tidak menyenangkan. United mempunyai purata lebih sedikit gol setiap perlawanan (14 dalam 10) di bawah Rangnick berbanding mana-mana bos Red Devils sebelum ini dalam Liga Perdana.



Pemain pertahanan Manchester United, Luke Shaw berkata: "Sejarah berulang lagi. Kami bermula dengan sangat baik pada 20 minit pertama, mendapat gol dan ia berlaku sekali lagi. Kami tahu ia tidak cukup bagus dan ia perlu berubah dengan cepat."



Bekas pemain tengah United, Paul Scholes, sangat pedas dalam penilaiannya dan berkata:



"Saya tidak fikir pemain bekerja cukup keras untuk memenangi perlawanan bola sepak.



"Terdapat banyak bakat dalam pasukan itu tetapi dengan bakat, anda perlu bekerja keras. Saya kasihan kepada pengurus-pemain sama ada tidak mendengar atau tidak mahu melakukannya".



Tetapi pengurus Southampton, Ralph Hasenhuttl, mungkin memberikan komen yang paling jelas, mencadangkan pasukan tahu bagaimana untuk bermain dengan United.



Pengurus dari Austria itu berkata: "Bukan satu rahsia besar apabila mereka kehilangan bola, gear undur mereka bukanlah yang terbaik daripada semua orang."




"Beliau pasti mahu menjaringkan gol, saya mahu beliau menjaringkan gol, seluruh pasukan akan melakukannya.Beliau mempunyai peluang yang baik - salah satu peluang terbesar dalam permainan apabila beliau melepasi penjaga gol tetapi ia telah diselamatkan."
- Bos sementara, Ralf Rangnick, bercakap tentang prestasi Ronaldo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >