Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ronaldo beri penghormatan terakhir kepada Diogo Jota

Jul 4, 2025 | 3:24 PM
Orang ramai memberi penghormatan kepada pemain bola sepak Diogo Jota di Anfield di Liverpool.
Orang ramai memberi penghormatan kepada pemain bola sepak Diogo Jota di Anfield di Liverpool. - Foto EPA-EFE

LISBON: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo memberi penghormatan terakhir kepada rakan sepasukan antarabangsanya Diogo Jota yang meninggal dunia dalam satu nahas jalan raya.

Bintang Portugal dan Liverpool berusia 28 tahun itu meninggal dunia bersama adiknya Andre selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar di wilayah Zamora, Sepanyol.

“Ia bagai tidak masuk akal. Kami baru sahaja bersama ketika bersama pasukan kebangsaan (meraih gelaran di Liga Negara-Negara bulan lalu), kamu baru sahaja berkahwin,” tulis Ronaldo di akaun X.

“Kepada keluarga, isteri dan anak-anak kamu, saya mengucapkan takziah dan berharap mereka memperoleh kekuatan. Saya tahu kamu akan sentiasa bersama mereka. Berehatlah dengan tenang Diogo dan Andre. Kami semua akan merindui kamu.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg