LIGA JUARA-JUARA
Ronaldo jaring gol Eropah ke-100 ketika lawan Bayern
Apr 14, 2017 | 05:30 AM
MADRID: Christiano Ronaldo menjaringkan gol Eropah ke-100-nya, sekali gus memberi Real Madrid kemenangan ke atas pasukan sepuluh pemain Bayern Munich, dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Rabu lalu.
"Saya mahu capai rekod ini. Mencapainya satu penghormatan apatah lagi ketika berlawan dengan pasukan seperti Bayern, ia lebih baik," kata Ronaldo, yang menjaringkan kededua gol kemenangan pasukannya.