Ronaldo jaring gol ke-50 dalam 2023
Dec 12, 2023 | 9:54 AM
MASIH TANGKAS: Cristiano Ronaldo menggelecek bola melepasi lawan dalam perlawanan Piala Raja Saudi. Gol yang dijaringkannya membantu Al-Nassr mara ke separuh akhir. - Foto: AFP
RIYADH: Cristiano Ronaldo telah menjaringkan gol ke-50 pada 2023, membantu pasukannya Al-Nassr menewaskan seteru tradisi Al-Shabab 5-2 di suku akhir Piala Raja Saudi.
Ronaldo, bekas pemain Real Madrid dan Manchester United, menjaringkan gol keempat pasukannya yang menjamin laluan ke separuh akhir.
Gol itu bermakna beliau telah menjaringkan 26 gol musim ini, dengan 16 gol dijaringkan dalam 15 perlawanan Liga Pro Saudi.
Sebelum itu, pada 9 Disember, Ronaldo beraksi dalam perlawanan profesional ke-1,200 dalam kerjayanya, membantu Al-Nassr menewaskan Al-Riyadh 4-1. Beliau menjaringkan satu gol dan mencipta lagi satu gol dalam perlawanan tersebut. – Agensi berita.
Laporan berkaitan
Al Nassr capai pusingan kalah mati Liga Juara-juara AsiaNov 28, 2023 | 2:06 PM

