Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ronaldo: Liga Saudi boleh jadi antara terbaik di dunia

Jun 5, 2023 | 5:30 AM
KEKAL BERSAMA AL NASSR: Ronaldi memberi komitmen akan terus bersama Al Nassr musim depan dan mengajak lebih ramai pemain utama dunia untuk berpindah ke liga profesional Arab Saudi.
KEKAL BERSAMA AL NASSR: Ronaldi memberi komitmen akan terus bersama Al Nassr musim depan dan mengajak lebih ramai pemain utama dunia untuk berpindah ke liga profesional Arab Saudi. - Foto AFP

LONDON: Liga Profesional Arab Saudi boleh menjadi antara lima liga terulung dunia jika ia boleh menarik lebih ramai pemain utama dunia ke negara teluk itu, kata penyerang Portugal, Christiano Ronaldo.

Lionel Messi, Karim Benzema dan Luka Modric, semuanya telah dikaitkan dengan pemindahan ke Arab Saudi, dan Ronaldo, 38 tahun, berkata beliau mengalu-alukan bintang-bintang bola sepak itu untuk menyertainya.

Pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu telah selesai beraksi untuk musim pertamanya bersama Al Nassr, kelab yang disertainya pada Disember lalu dari Manchester United.

Beliau mengikat kontrak sehingga 2025 dan Ronaldo telah memberi jaminan beliau akan kekal bersama kelab itu untuk musim depan.

Sementara itu, Paris St-Germain telah mengesahkan Messi bakal meninggalkan kelab tersebut musim panas ini dan penyerang Argentina itu, 35 tahun, adalah duta pelancongan kerajaan Arab Saudi.

Bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Benzema dan Modric, juga dikatakan dalam perbincangan untuk mengikat kontrak lumayan bersama kelab di Saudi, sedang mereka memasuki fasa terakhir kerjaya bola sepak profesional mereka.

“Jika mereka datang, pemain utama dunia, pemain muda dan pemain yang mapan, saya mengalu-alukannya kerana jika itu berlaku, liga ini akan terus meningkat mutunya,” kata Ronaldo lagi.

“Liga ini sekarang berada pada tahap yang tinggi, tapi masih ada ruang untuk diperbaiki lagi.

“Selain itu, prasarananya juga harus diperbaiki sedikit. Begitu juga mutu pengadil, sistem VAR,” tambahnya.

Setelah menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia yang berbeze, beliau menjaringkan 14 gol dlam 16 peralawanan bagi kelab berpangkalan di Riyadh itu, bagi membantu Al Nassr mengakhiri musim di tangga kedua.

Juara liga profesional Saudi ialah Al Hilal. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg