Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ronaldo pemain bola sepak paling banyak wakili negara dalam sejarah

Jun 21, 2023 | 02:24 PM



PARIS: Cristiano Ronaldo meraikan rekod terkini yang kini dimilikinya – sebagai pemain bola sepak paling banyak kali mewakili negaranya, dengan menjaringkan gol kemenangan semasa Portugal menewaskan Iceland 1-0 dalam perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024 pada Selasa.


Ronaldo, 38 tahun yang memimpin Portugal sebagai kapten, menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit ke-89.

Pada awalnya gol itu dibatalkan pengadil kerana rakan sepasukannya, Goncalo Inacio, didapati berada dalam kedudukan ofsaid, namun ia diberi selepas disemak pengolong pengadil menggunakan video (VAR).


Sebelum itu, Portugal berjaya dibendung pasukan tuan rumah di Reykjavik, namun corak perlawanan berubah selepas Willum Thor Willumsson dibuang padang pada lewat perlawanan.

Ronaldo terkial-kial pada sebahagian perlawanan itu tetapi membalas keyakinan yang ditunjukkan jurulatih, Roberto Martinez ke atas dirinya dengan menjaringkan gol hasil umpanan Goncalo Inacio pada penghujung perlawanan.

Ia gol antarabangsa ke-123 Ronaldo, sekali gus menambah kepada rekod dunia jaringan gol antarabangsa yang dimilikinya.

Pada Mac, Ronaldo, yang kini menjadi pemain kelab Arab Saudi Al-Nassr, memecahkan rekod penyerang Kuwait, Bader Al-Mutawa, yang tampil 196 kali untuk negaranya.

Ronaldo diberi sijil Rekod Dunia Guinness sebelum perlawanan dengan Iceland bermula.

“Bagi saya ia pencapaian yang tidak dapat dipercayai, ia memang hebat,” kata Ronaldo di akhir perlawanan itu.

“Dan pastinya menjaringkan gol kemenangan membuatnya lebih istimewa.

“Kami tidak bermain dengan begitu baik, namun kadangkala dalam bola sepak begitulah keadaannya. Pada pandangan saya, kami layak menang. Saya juga gembira kerana ia penampilan saya yang ke-200 maka ia lebih istimewa,” tambahnya.

Ini tahun ke-20 Ronaldo bermain untuk Portugal, selepas membuat penampilan antarabangsa yang pertama pada 2003, dan beliau masih pemain sepenuh masa dengan pasukan nasional itu meskipun telah meninggalkan Eropah untuk bermain di Arab Saudi selepas Piala Dunia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >