Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rosberg juara F1 Bahrain

Apr 04, 2016 | 08:08 AM



MANAMA: Nico Rosberg memperkukuh penguasaannya bagi kejuaraan pemandu Formula Satu tahun ini pada Ahad (3 Apr) apabila beliau memenangi Grand Prix Bahrain bagi pasukan Mercedes.



Memanfaatkan nasib malang rakan sepasukannya, juara dunia bertahan Lewis Hamilton, pemandu Jerman berusia 30 tahun itu meraih kelebihan pada permulaan dan kemudian menguasai perlumbaan 57 pusingan itu.



Ia kemenangan kedua Rosberg musim ini, selepas Melbourne, membolehkan beliau menggandakan matanya kepada 50.



Hamilton, yang memulakan perlumbaan dari petak pertama agak perlahan dan kemudian menghadapi perlanggaran, bangkit daripada tempat kelapan pada pusingan pembukaan untuk menduduki tempat ketiga.



Tempat kedua dimenangi Kimi Raikkonen daripada pasukan Ferrari.



Peluang rakan sepasukannya, Sebastian Vettel, musnah dek kerosakan enjin semasa pusingan memanaskan kereta.



Daniel Ricciardo menduduki tempat keempat bagi Red Bull.



Hamilton kini di tempat kedua bagi kejuaraan pemandu dengan 33 mata, di hadapan Ricciardo dengan 24. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >