Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rosberg, Lewis ungguli ujian litar f1

Mar 28, 2015 | 07:31 PM



SEPANG: Mercedes AMG PETRONAS meneruskan penguasaan di Grand Prix Formula Satu (F1) GP Malaysia apabila kedua-dua pelumbanya, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton mengungguli sesi ujian bebas ketiga, sebentar tadi.


Rosberg begitupun tampil mencatat masa terpantas 1 minit 39.690 saat diikuti Hamilton kedua, ketinggalan 0.184s.


Ferrari dalam pada itu terus membayangi Mercedes dengan kedua-dua pelumbanya, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel masing-masing mencatat masa ketiga dan keempat terpantas.


Begitupun, kedua-duanya gagal mencatat masa bawah 40 saat berbanding Mercedes malah Raikkonen turut sedikit isu pada awal sesi ujian akibat tayar jenteranya pancit.


Pasukan yang mencipta kejutan musim lepas, Williams turut mempamerkan prestasi baik dengan kedua-dua pelumbanya, Felipe Massa dan Bottas di kedudukan kelima dan keenam terpantas.


Sesi ujian ketiga yang bermula pada jam 2 petang itu lebih panas berbanding kedua-dua sesi ujian semalam dengan suhu litar mencatat suhu 62 darjah celsius.


Darjah kelembapan juga tinggi dengan beberapa pelumba mengakui kurang gembira dengan tahap cengkaman tayar mereka.


Dalam pada itu, juara dunia dua kali, Fernando Alonso yang beraksi buat kali pertama musim ini terus bergelut bersama pasukan McLaren Honda untuk berada di kedudukan ke-15 terpantas.


Rakan sepasukannya, Jenson Button pula berdepan nasib lebih buruk apabila menamatkan sesi di kedudukan ke-18 terpantas.


Hanya dua pelumba Marrusia, mencatat masa lebih buruk untuk berada di kedudukan tercorot.


Sesi kelayakan GP Malaysia hari ini akan berlangsung pada jam 5 petang.


Tahun lepas, sesi kelayakan ditangguhkan hampir sejam akibat hujan dan mengikut ramalan cuaca hari ini, situasi sama dijangka mampu berulang. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >