Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Safuwan, Ikhsan kembali ke skuad Singa untuk kelayakan Piala Dunia

Nov 08, 2023 | 02:38 PM




Jurulatih skuad Singa Takayuki Nishigaya bakal berdepan ujian terbesarnya apabila Singapura berdepan pasukan gergasi Asia, Korea Selatan, di Stadium Piala Dunia Seoul pada Khamis depan.

Tetapi, warga Jepun itu akan sekurang-kurangnya dapat menurunkan skuad terbaiknya sejauh ini dengan kepulangan beberapa pemain utama.

Pada Rabu, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan pemain pertahanan, Safuwan Baharudin, dan penyerang, Ikhsan Fandi, dinamakan dalam skuad seramai 24 pemain negara untuk perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia menentang Korea Selatan pada 16 November.

Lima hari kemudian, pasukan Singa akan menjadi hos kepada Thailand di Stadium Negara.

Singapura menduduki ranking ke-155 dunia, manakala Korea Selatan adalah pasukan nombor 24 dan Thailand di tangga ke-112.

Safuwan, 32 tahun, belum menyarung jersi pasukan nasional sejak Jun 2022 kerana beliau gagal mendapat kelulusan perubatan berikut kecederaan berturut-turut pada kepalanya. 

Pemain pertahanan kelab Liga Super Malaysia, Selangor itu telah diberikan kelulusan oleh pasukan perubatan tempatan untuk bermain secara kompetitif dan berpeluang menambah pada jumlah 108 penampilan antarabangsanya.

Ikhsan, yang telah menyumbat 18 gol dalam 34 perlawanan untuk pasukan Singa, belum beraksi buat negara sejak kecederaan lutut yang dialami dalam kemenangan 3-1 ke atas Maldives.

Pemain berusia 24 tahun itu belum juga membuat penampilan untuk pasukan Thai, BG Pathum United, pada 2023.

Abangnya, Irfan, juga disertakan semula ke dalam skuad nasional.

Pemain tengah BG Pathum itu kali terakhir bermain untuk pasukan Singa ketika dibelasah 1-4 di tangan Malaysia dalam perlawanan pusingan kumpulan Kejohanan AFF pada Januari. 

Rakan sepasukan kelab, Ryhan Stewart, turut kembali setelah terlepas aksi pusingan pertama menentang Guam akibat kecederaan hamstring.

Mengulas mengenai kepulangan beberapa pemain ini, Nishigaya berkata: 

“Kami merindui Ikhsan di bahagian serangan semasa perlawanan pusingan pertama kelayakan, jadi ini adalah rangsangan besar untuk mempunyainya kembali dalam pasukan, tetapi kami akan perlu berjaga-jaga untuk menurunkannya.

“Safuwan adalah veteran berpengalaman dan mempunyainya kembali dalam pertahanan bersama Irfan, gabungan pengalaman antarabangsa mereka akan terbukti berguna.”

Pasukan Singa akan memulakan latihan pusat pada Jumaat sebelum berlepas ke Korea Selatan pada Ahad.

“Lawan kami dalam pusingan kedua berada pada tahap lebih tinggi daripada kami dan kami akan perlu berjuang mati-matian bersama sebagai sepasukan sekiranya kami ingin mendapat keputusan positif menentang mereka.

“Namun, kami mesti bermain tanpa gentar tidak kira siapa lawan kami,” ujar Nishigaya.

Sementara itu, ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann, telah memilih skuad terkuatnya menentang Singapura dan China dalam perlawanan pembukaan mereka.

Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, yang telah menjaringkan lapan gol dalam 11 penampilan Liga Perdana England (EPL) musim ini; Lee Kang-in dari Paris Saint-Germain; pemain pertahanan Bayern Munich, Kim Min-jae; dan penyerang Wolverhampton Wanderers yang berada dalam prestasi hebat, Hwang Hee-chan, semuanya disertakan dalam skuad Korea Selatan.

Nishigaya juga menggesa peminat Singapura agar “turun padang” di Stadium Negara pada 21 November untuk memberi sokongan mereka kepada anak didiknya.

“Perlawanan pertama kami di padang sendiri amatlah penting dalam memastikan kami mempunyai permulaan baik. Penyokong di padang sendiri akan menjadi faktor pendorong besar dan saya tidak sabar melihat peminat kita mencipta suasana riuh rendah di Stadium Negara dalam masa dua minggu,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >