LONDON: Tidak lagi merupakan pemain pilihan bersama Arsenal dan tidak terpilih mewakili England, Theo Walcott berada di persimpangan pada akhir musim lalu, tetapi respons beliau yang kuat nampaknya telah menyelamatkan kerjayanya yang hampir meletup.
Walcott hanya sekali sahaja disertakan dalam kesebelasan pertama Arsenal dalam 14 perlawanan terakhir mereka musim lalu dan kehilangan tempatnya dalam skuad England pimpinan Roy Hodgson pada hujung kempen buruk yang kelihatan menghancurkan impian pemain sayap itu bagi mengukuhkan dirinya sebagai pemain utama untuk kelab atau negara.