Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Saingan dijangka sengit, tapi kelebihan City di tenaga penggempur bakal tentukan keputusan

Nov 12, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea baru mengalami euforia – tenggelam dalam kegembiraan – dengan kemenangan besar 4-1 ke atas seteru utamanya, Tottenham Hotspurs, dan secara semula jadi para pemain sedang bersemangat.


Namun, setinggi mana semangat Chelsea pun, ia adalah satu cabaran besar malam ini (12.30 tengah malam waktu Singapura) untuk pasukan pimpinan Mauricio Pochettino itu mendapat apa-apa selepas 90-minit perlawanan.

“Persembahan Chelsea musim ini gagal mencapai konsistensi yang diperlukan... seolah-olah tiada peningkatan daripada musim lalu,” kata bekas pemain tengah pasukan Blues itu, Joe Cole.


“Dari segi pemain, mereka mempunyai pemain yang baik. Namun, para pemain ini tidak dapat memberi persembahan terbaik, seolah-olah ada sesuatu yang tidak sempurna, yang tidak dapat dicari,” ujar beliau.

Chelsea kini menduduki tangga ke-10 dengan 15 mata, namun berdasarkan lima perlawanan lalu – dengan pasukan itu menang tiga, seri satu dan kalah satu – anak buah Pochettino itu semakin mendapat form dalam minggu-minggu kebelakangan ini.

“Ya, keputusan menyebelahi mereka, terutama dalam perlawanan menentang Spurs, dengan mereka agak bertuah untuk memang,” tegas Cole.

“Jadi ia tidak seharusnya menjadi sandaran untuk perlawanan malam ini. Apa juga bentuk permainan yang tidak konsisten, pasti akan dihukum pasukan seperti Man City,” tambahnya.

Hakikat ini diakui Pochettino sendiri.

Pengurus Chelsea itu, yang mengambil alih kepimpinan kelab tersebut pada awal musim ini, telah mewarisi dan menambah kepada skuad tersebut yang telah melihat lebih £1 bilion ($1.66 bilion) dibelanjakan untuk para pemain baru, sedar bahawa pasukannya perlu bermain pada tahap maksimum.

“Kami boleh bermain dengan lebih baik, itu pasti.

“Tapi jangan lupa, kami mempunyai ramai pemain baru yang baru mula mendapat rentak masing-masing bermain dalam liga paling kompetitif di dunia.

“Jadi, ya, saya berpuas hati dengan kemajuan lebih-lebih lagi dalam lima perlawanan sebelum ini, namun akur perjalanan kami masih panjang,” ujarnya.

Sementara itu, Cole berkata benteng pertahanan dan tengah Chelsea adalah penting kerana mereka harus memastikan Manchester City tidak mempunyai ruang untuk menghukum mereka.

“Saya rasa pertarungan hebat akan berlaku di midfield, dan benteng pertahanan Chelsea juga harus bermain cemerlang untuk Chelsea mendapat apa juga keputusan positif dari perlawanan malam ini,” kata beliau lagi.


Sementara itu, pengurus Manchester City, Pep Guardiola, enggan melayan komen-komen bahawa pasukannya adalah pilihan untuk memenangi kejuaraan liga sekali lagi – buat empat tahun berturut-turut.

“Ia adalah sesuatu dongeng untuk memikirkan tentang kejuaraan liga pada November,” tegasnya.

“Kami tidak berfikir sejauh itu. Kami hanya fokus kepada cabaran yang di depan mata, iaitu menentang Chelsea. Selepas itu, kami ada tempoh rehat untuk perlawanan dengan pasukan nasional, dan kemudian kami berdepan dengan jadual yang amat ketat.

“Itu tumpuan kami sekarang,” ujarnya.

Manchester City kini berada di persada liga setelah menikmati sembilan kemenangan dalam 11 perlawanan liga.

Pemain utama yang mendorong kejayaan City sejauh ini ialah penyerangnya, Erling Haaland.

“Beliau satu fenomena dan saya tidak terkejut sekiranya beliau menjadi pemain terbaik dunia,” kata bekas penjaga gawang City, David James, mengenai pemain asal Norway berusia 23 tahun itu.

“Haaland adalah penyerang tulen. Beliau tidak banyak menyumbang kepada permainan secara umum, tapi setiap detik beliau bergerak, berlari, memecut untuk membuka ruang baginya menjaringkan gol.

“Dan dengan pemain seperti Phil Foden, Jack Grealish dan Jeremy Doku, penyerang seperti Haaland akan menjaringkan gol dalam setiap perlawanan,” ujar James, yang menyarung jersi City sebanyak 120 kali.

Meskipun akur dengan kehebatan City, Cole berkata beliau tidak menjangkakan perlawanan yang berat sebelah.

Menurutnya, Chelsea ialah pasukan yang selesa mengawal bola, begitu juga dengan Man City.

“Jadi saya rasa, dari segi kawalan permainan mungkin agak seimbang.

“Namun, yang membezakan kededua pasukan nanti ialah ketajaman City di bahagian penyerang. Ini sesuatu kelebihan pasukan Pep yang sukar ditandingi. Sedang banyak lagi pasukan hebat mendapatinya sukar menjaringkan gol, beliau mempunyai penyerang seperti Haaland,” ujarnya.

Bersetuju bahawa City akan mengalahkan Chelsea malam ini, James bagaimanapun menekankan wira pasukan itu mungkin bukan Haaland.

“Saya amat terkesima melihat corak permainan Doku. Ini satu lagi keajaiban Pep. Beliau mampu mencungkil bakat-bakat ini yang tidak begitu mahal tetapi menjadi bintang apabila menyarung jersi City.

“Jadi sedang Haaland pemain berbahaya dan ancaman utama kepada gawang Chelsea, saya rasa dalam perlawanan yang saya jangkakan amat sengit, jangan terkejut jika Doku muncul wira,” tekan beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >