Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Teka-teki perpindahan pemain: Siapa dijangka ke mana?

Nov 13, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Bayer Leverkusen menekankan bahawa pemain midfield Jerman berusia 20 tahun, Florian Wirtz, tidak akan meninggalkan kelab bundesliga itu pada Januari.


Malah pengarah urusan pasukan itu, Simon Rolfes telah menafikan bahawa Liverpool telah membuat bidaan sebanyak  £85 juta ($141.6 juta) bagi pemain tersebut.







Penyerang England Jadon Sancho, 23 tahun, dijangka meninggalkan Manchester United pada Januari.

Malah pasukan yang dikenali sebagai Red Devils itu sebelum ini telah menekankan bahawa Sancho tidak akan mempunyai masa depan bersama kelab tersebut.

Ini selepas pemain itu dianggap pengurus pasukan, Erik ten Hag sebagai pemain yang menunjukkan prestasi di bawah jangkaan semasa latihan, namun pemain itu menuduh ten Hag sebagai berbohong.







Pengurus Newcastle United, Eddie Howe dikatakan berminat mengukuhkan bahagian midfieldnya semasa jendela perpindahan pada Januari.

Antara yang menjadi pilihannya termasuk pemain Manchester City yang juga mewakili England, Kalvin Phillips, 27 tahun, selain pemain asal Portugal, Ruben Neves, 26 tahun, yang kini bermain bersama Al-Hilal di Arab Saudi.







Tottenham Hotspur dikatakan berminat mendapatkan khidmat penyerang asal England, Marcus Edwards.

Edwards, 24 tahun, bermula di akademi Tottenham tapi kini bermain bersama pasukan Portugal, Sporting lisbon.

Tapi difahamkan, Chelsea juga berminat mendapatkan khidmat pemain berkaliber itu.







Real Madrid dikatakan tiada rancangan untuk mendapatkan khidmat penyerang Perancis, Kylian Mbappe.

Ini meskipun jika pemain berusia 24 tahun itu tidak akan melanjutkan kontraknya dengan Paris St-Germain (PSG) dan akan meninggalkan PSG secara percuma pada musim panas akan datang.







Pasukan gergasi Bundesliga, Bayern Munich serta Arsenal dari Liga Perdana England (EPL) berminat mendapatkan khidmat pemain midfield asal Sepanyol, Martin Zubimendi.

Zubimendi, 24 tahun, kini merupakan pemain yang menyarung jersi Real Sociedad dalam La Liga Sepanyol.







Pemain midfield Manchester United, Casemiro, pula menjadi buruan pasukan Liga Profesional Arab Saudi.

Pemain asal Brazil berusia 31 tahun itu mungkin berpindah keluar kelab Inggeris tersebut semasa jendela perpindahan Januari nanti. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >