Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saint-Maximin “dalam perbincangan” untuk tinggalkan Newcastle

Jul 19, 2023 | 4:26 PM
MENYEDIHKAN: Pengurus Newcastle, Eddie Howe, menyifatkannya sebagai sesuatu yang menyedihkan semua pihak sekiranya Allan Saint-Maximin meninggalkan kelab tersebut.
MENYEDIHKAN: Pengurus Newcastle, Eddie Howe, menyifatkannya sebagai sesuatu yang menyedihkan semua pihak sekiranya Allan Saint-Maximin meninggalkan kelab tersebut. - Foto REUTERS

LONDON: Pemain sayap Newcastle United, Allan Saint-Maximin, sedang mengadakan perbincangan untuk menyertai kelab lain, dengan pengurus pasukan Magpies, Eddie Howe, akur bahawa peraturan ‘Financial Fair Play’ meninggalkan kesan ke atas pasukannya.

Pemain asal Perancis itu, menyertai Newcastle dari Nice, pada Ogos 2019, dan telah dikaitkan dengan pemindahan ke Liga Profesional Arab Saudi.

Saint-Maximin, 26 tahun, tidak diturunkan dalam perlawanan persahabatan Newcastle menentang Glascow Rangers, namun Howe menekankan beliau dan kelab tersebut tidak mempunyai sebarang isu dengan pemain berkenaan.

“Beliau sedang mengadakan perbincangan dengan kelab lain. Sebab itu beliau tidak diturunkan,” jelas Howe.

“Besar kemungkinan beliau tidak akan menyertai kami ke Amerika untuk latihan. Saya tidak rasa Maxi mahu meninggalkan kelab ini, namun mungkin beliau rasa ia adalah masa yang tepat,” tambahnya.

Howe menambah bahawa topik berkenaan Saint-Maximin adalah sesuatu yang mengecewakan.

“Kami mahu beliau kekal, beliau juga tidak mahu meninggalkan Newcastle. Kami juga tiada isu dengan beliau. Beliau seorang pemain yang amat disayangi.

“Jadi, amat menyedihkan jika beliau meninggalkan Newcastle,” katanya.

Pengarah sukan Newcastle, Dan Ashworth, sebelum ini berkata, kelab tersebut yang dimiliki hartawan Saudi, harus terbuka kepada menjual pemain untuk mematuhi syarat-syarat kewangan. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg