Pendayung Singapura, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa’ee, yang versi “lengkap”, bakal membuat kemunculan semula dalam Sukan Olimpik, lapan tahun selepas penampilan sulungnya di Rio 2016.
Atlet berusia 36 tahun itu berkata, beliau kini atlet yang lebih matang, sedang beliau giat membuat persiapan terakhir menjelang Sukan Olimpik Paris, yang berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
“Berbanding di Rio, saya kini orang yang berbeza,” kata pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 itu kepada Berita Harian (BH).
Aisyah berkongsi bahawa sukan dayung adalah segalanya dalam hidupnya semasa bertanding di Rio 2016 dan beliau “tidak mempunyai apa-apa lain”.
Namun kini, beliau adalah seorang individu yang “lengkap”, memiliki kehidupan yang lebih seimbang dengan sukan dayung hanya merangkumi sebahagian daripadanya.
Menjelang temasya sukan Paris 2024, Aisyah, bagaimanapun, akan perlu mengharungi rintangan kecederaan tindak balas stres pada tulang rusuknya terlebih dahulu.
Beliau mengalami kecederaan itu kira-kira tiga minggu lalu tetapi kekal positif dapat berada di tahap kecergasan terbaiknya semula.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg