Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sakit lutut hampir hambat kejayaan Shanti Pereira

Jan 10, 2024 | 04:32 PM



Sakit lutut kanan yang berterusan membimbangkan Shanti Pereira dan hampir menghambat beliau mencapai kecemerlangan pada 2023, apabila ratu pecut Singapura itu mencatat keunggulan di Asia dan Eropah.

Atlet berusia 27 tahun itu bertanding dalam 47 perlumbaan individu pada 2023 – terbanyak baginya dalam satu musim.

Di sebalik rekod itu, sakit lutut yang Pereira alami menyebabkan beliau sesekali tidak dapat menjalani latihan, kata jurulatihnya Luis Cunha kepada, The Straits Times dalam satu wawancara baru-baru ini.


Menurut Cunha, kesakitan itu disebabkan ketidakseimbangan pada pinggul kanan yang mempengaruhi cara atlet itu berlari.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Pereira menemui Dr Nikos Apostolopoulos, seorang pakar dalam teknik regangan lembut microStretching.


Setelah menjalani rawatan terapi regangan, Pereira dapat mengatasi masalah kesakitan itu.

Selepas itu, Pereira memecahkan rekod kebangsaan Singapura bagi larian 200 meter dengan masa 22.57 saat, sekali gus menjadi atlet pertama Singapura melangkah ke separuh akhir kejohanan atletik sedunia.

Dalam proses itu, beliau turut menempah tempat dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Kemuncaknya hadir di Hangzhou, China pada Oktober apabila Pereira mengakhiri penantian 49 tahun Singapura bagi pingat emas balapan dan padang Sukan Asia dengan memenangi larian 200 meter wanita.

Dr Apostolopoulos berada di Singapura untuk bekerjasama dengan atlet tempatan dan mengadakan bengkel pada 5 dan 6 Januari bagi menunjukkan tekniknya kepada masyarakat atletik tempatan.

Teknik tersebut berdasarkan pada pemulihan dan pertumbuhan semula, dengan membantu menenangkan sistem saraf.

Ia digunakan ramai atlet profesional dalam liga besar seperti Liga Bola Sepak Amerika Nasional (NFL), Liga Hoki Nasional Amerika, Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) dan Liga Perdana England (EPL).

Pereira menekankan kepentingan pemulihan dalam proses latihan dan pertandingan, terutama semasa persiapan untuk perlumbaan.

Teknik Dr Apostolopoulos membantu mengembalikan keseimbangan tubuh Pereira, meningkatkan kuasa dan langkah lariannya.

Teknik microStretching lahir selepas kemalangan yang Dr Apostolopoulos alami semasa latihan, sekali gus menamatkan kerjaya lumba basikalnya.


Pengalaman dan penelitian beliau dalam bidang itu telah membantu atlet, termasuk Pereira dan bintang NBA seperti Dennis Scott serta Ray Allen dalam meningkatkan keseimbangan dan mengurangkan ketegangan tubuh mereka.

Teknik Dr Apostolopoulos terbukti berkesan dalam meningkatkan prestasi atlet seperti Pereira untuk mencapai prestasi lebih tinggi melalui pemulihan yang berkesan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >