Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Salah tenang jaringkan gol kemenangan Liverpool

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Liverpool menamatkan rekod tanpa kalah Manchester City dalam satu pertemuan yang menarik dan hangat di Anfield kelmarin.



Pemain Liverpool Mohamed Salah membuat sumbangan penting dengan jaringan tunggalnya yang menewaskan Ederson dalam satu gerakan yang tenang ketika perlawanan berbaki 14 minit.



Sebelum itu, pengurus City, Pep Guardiola, berang kerana gol Phil Foden yang meletakkan pasukannya di hadapan telah ditolak oleh pembantu pengadil video kerana kekasaran Haaland terhadap Fabinho.



Namun Anfield berasa gembira kerana Liverpool akhirnya menunjukkan mengapa mereka secara konsisten menjadi ancaman terbesar City.



Dalam minit-minit terakhir, rasa marah dalam perlawanan memuncak dengan Klopp dilayangkan kad merah oleh pengadil Anthony Taylor kerana bantahannya selepas dia merasakan Salah dikasari.



Pasukan Klopp tanpa penyerang Luis Diaz dan pemain pertahanan Ibrahima Konate akibat kecederaan sebelum perlawanan, memaksa James Milner yang berusia 36 tahun, menjadi pemain bek kanan dengan Joe Gomez di pertahanan tengah bersama Virgil van Dijk.



Gomez menunjukkan mengapa dia begitu dipandang tinggi oleh Klopp dengan persembahan cemerlang yang menghalang serangan City yang hebat sebelum ini.



Perlawanan itu diselesaikan dengan detik ketenangan Salah, dibantu oleh hantaran dari penjaga golnya, Alisson.



Permulaan teruk Liverpool pada musim ini bermakna mereka berada di luar tangga perlumbaan kejuaraan.



Bagaimanapun, mereka masih pasukan yang mempunyai kapasiti untuk mendekati City. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >