Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANGKAT BERAT

Satu kejohanan, dua rekod dunia untuk bintang ‘powerlifting’ Chloe

Aug 31, 2023 | 06:27 PM



Hanya selepas empat bulan beliau mengambil bahagian dalam pertandingan sukan ‘powerlifting’, Chloe Tang mengorak langkah ke peringkat antarabangsa dengan cara yang terbaik: memenangi gelaran dunia pertama Singapura dalam kategori subjunior (berusia 14 hingga 18 tahun).

Di Kejohanan Dunia Persekutuan Powerlifting Antarabangsa (IPF) pada 28 Ogos, beliau meraih pingat emas untuk kategori subjunior bawah 57 kilogram (kg) dan memecahkan dua rekod dunia sekali gus.

Chloe memecahkan rekod acara ‘deadlift’ subjunior seberat 163 kg yang dipegang Auletta Giovanna dari Italy dengan mengangkat 173 kg di Cluj-Napoca, Romania, manakala jumlah berat 408 kg yang diangkatnya mengatasi pencapaian jaguh Finland, Fanny Lamminen, iaitu 392.5 kg pada 2018, lapor The Straits Times.


Beliau juga mengangkat 155 kg untuk acara ‘squat’ dan 80 kg untuk ‘bench press’.

“Secara keseluruhan, saya sangat gembira kerana saya menang tapi masih sukar percaya bahawa saya berjaya untuk Singapura,” kata Chloe.

“Keutamaan pertama saya adalah memenangi pingat emas dan yang lain sekadar bonus.

“Selain itu, saya mengejar rekod dunia ‘squat’, ‘deadlift’ dan jumlah berat keseluruhan.”

Walapun Chloe tidak berjaya memecahkan rekod acara ‘squat’, beliau tetap terperanjat dan gembira apabila berjaya mencapai matlamatnya yang lain.

Pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej East itu mula mengambil bahagian dalam sukan itu pada akhir 2022, untuk menjaga kecergasan dan kesihatan peribadinya.

Walaupun sukan ‘powerlifting’ secara kompetitif bukan minat beliau, Chloe tidak mengambil masa lama untuk mencapai kecemerlangan.

Beliau memenangi peraduan pertamanya, Sukan Pengajian Tinggi dan Junior pada April untuk melayakkan dirinya ke kejohanan dunia.

Sokongan daripada keluarga dan rakannya, latihan, masyarakat dan adrenalina yang beliau rasakan menarik beliau kepada sukan tersebut.

Acara di Romania ini merupakan kejohanan antarabangsa pertamanya.

Di samping penampilan sulungnya, datang perasaan bersaing bersama atlet-atlet muda terbaik dari seluruh dunia.

“Kejohanan ini sangat bermakna bagi saya kerana persiapan saya untuk kejohanan ini telah mengambil masa lebih enam bulan,” kata Chloe.

“Kesemuanya akan sia-sia jikalau saya tidak berjaya semasa kejohanan tersebut,” tambah beliau.

Pengarah peningkatan jurulatih dan atlet ‘Powerlifting’ Singapura, Wesley Foo, menyatakan bahawa persiapan Chloe untuk kejohanan itu mencabar.

Ini kerana beliau harus mengatur masanya untuk latihan dan latihan amalinya bersama syarikat kimia, Pride-Chem Industries.

“Sukan ‘powerlifting’ semakin popular dalam kalangan warga muda Singapura dan pencapaian Chloe merupakan satu petanda bagi kesemua warga Singapura bahawa, jikalau mereka mahu sesuatu dan berusaha untuknya, impian mereka boleh menjadi kenyataan dan apa-apa boleh terjadi,” kata Wesley.

Pencapaian Chloe merupakan kejayaan cemerlang terkini ‘powerlifter’ Singapura di peringkat antarabangsa.

Warga Singapura seperti Farhanna Farid, Matthew Yap, Marcus dan Daniel Nobel juga pernah memecahkan rekod dunia dalam peraduan dan kategori mereka sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >