Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Satu terkorban, puluhan cedera dalam rempuhan stadium di Iraq

Jan 21, 2023 | 05:30 AM



BASRA (Iraq): Satu rempuhan manusia berhampiran stadium bola sepak di bandar Basra di selatan Iraq mengorbankan sekurang-kurangnya satu nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh orang kelmarin, sedang beribu-ribu peminat cuba memasuki stadium, lapor agensi berita negara itu.



Iraq menjadi tuan rumah Piala Teluk Arab buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun dan dijadualkan bertemu Oman dalam perlawanan akhir kelmarin.



Rempuhan itu, yang turut mencederakan 83 orang, berlaku berhampiran pintu pagar Bandar Sukan yang sepatutnya menjadi tuan rumah perlawanan akhir itu, kata sumber keselamatan dan perubatan.



Kakitangan keselamatan cuba menghalang peminat daripada memasuki stadium selepas jumlah mereka melebihi kapasiti maksimum stadium iaitu 65,000, kata sumber kepada Xinhua.



"Terdapat satu kematian dan berpuluh-puluh orang yang cedera ringan," kata seorang doktor.



Seorang pegawai kementerian dalam negeri berkata: "Sebilangan besar peminat, ramai daripada mereka tanpa tiket, telah berkumpul sejak awal pagi untuk cuba masuk."



Seorang jurugambar AFP di dalam stadium berkata pintu putar masih ditutup apabila rempuhan berlaku. Siren berbunyi apabila ambulans tiba untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital.



Imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan lautan manusia di luar stadium.



Peminat kembali pada sebelah petang apabila suasana menjadi lebih tenang di Stadium Antarabangsa Basra, kata jurucakap kementerian dalam negeri Saad Maan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >