Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Putera Mahkota Saudi akan ‘terus guna sukan’ demi manfaat negara

Tidak peduli tuduhan tindakannya bertujuan alih perhatian
daripada pelanggaran hak asasi manusia
Oct 02, 2023 | 05:30 AM



RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, berkata beliau “tidak peduli” tentang tuduhan sportwashing – menggunakan acara sukan untuk meningkatkan reputasi sesebuah negara, terutamanya untuk mengalih perhatian daripada pelanggaran hak asasi manusia.– terhadap negaranya.


Sejak menjadi pemimpin de facto Arab Saudi pada 2017, Putera Mohammed, yang dikenali sebagai MBS, telah mempengerusikan perbelanjaan sukan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pengkritik berpendapat pelaburan itu bertujuan mengalih perhatian daripada pencabulan hak asasi manusia negara beliau. Tetapi dalam satu temu bual yang jarang berlaku, Putera Mohammed berkata tuduhan itu tidak menjejas beliau.

Dalam satu wawancara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, yang kali pertama beliau beri kepada Fox News, Putera Mohammed berkata: “Sekiranya sportwashing akan meningkatkan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) saya sebanyak 1 peratus, saya akan terus melakukannya.”


Ditanya secara khusus tentang perasaan beliau terhadap istilah itu, Putera Mohammed berkata: “Saya tidak kisah… Saya menyasarkan 1.5 peratus lagi. Panggil apa sahaja yang anda mahu, kami akan mendapat 1.5 peratus itu.”

Cita-cita sukan Arab Saudi telah berkembang melalui langkah memperoleh pertubuhan luar negara, dengan Newcastle United yang paling menonjol, kepada menjalankan pertandingan pesaing yang mengganggu seperti LIV Golf.

Pada Oktober 2021, sebuah konsortium yang diketuai Public Investment Fund, iaitu dana kekayaan Arab Saudi, menjadi pemilik Newcastle United.

Tetapi kerajaan itu juga bersungguh-sungguh dalam membuat perjanjian untuk membawa acara sukan terkemuka ke Arab Saudi, termasuk Piala Dunia Kelab Fifa tahun ini dan Sukan Asia pada 2029.

Putera Mohammed berkata, pendekatan itu adalah penting bagi matlamat negara ingin menjadi salah sebuah daripada 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia.

“Apabila anda ingin mempelbagaikan ekonomi, anda perlu bekerja dalam semua sektor: perlombongan, prasarana, perkilangan, pengangkutan, logistik,” katanya kepada Fox.


“Sebahagian daripadanya adalah pelancongan dan jika anda ingin membangunkan pelancongan, sebahagian daripadanya adalah budaya, sebahagian daripadanya adalah sektor sukan anda, kerana anda perlu mencipta kalendar acara.”

Menurut Putera Mohammed, sejak kehadirinnya dalam kepimpinan Arab Saudi, kepentingan pelancongan dalam ekonomi negaranya telah meningkat dengan ketara.

“Kita boleh lihat pelancongan dahulu menyumbang 3 peratus kepada GDP Arab Saudi, sekarang 7 peratus,” kata beliau.

“Sukan dahulunya 0.4 peratus, kini 1.5 peratus. Ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi, pekerjaan, kalendar, hiburan, pelancongan.

“Anda boleh lihat bahawa kini kami berada di kedudukan nombor satu di Timur Tengah, enam tahun lalu kami tidak berada dalam 10 (tangga) teratas di Timur Tengah.

“Kami menyasarkan untuk mendapatkan lebih 100 juta lawatan pada 2030, mungkin 150 juta. Tahun lepas kami mencapai hampir 40 juta lawatan dari Arab Saudi dan secara global.”

Dengan pertumbuhan pelancongan Arab Saudi tertumpu sekurang-kurangnya sebahagiannya pada pelawat domestik dan serantau, di samping sejumlah besar pelawat Muslim dari seluruh dunia yang menunaikan haji atau umrah ke Makkah, pemerhati berpendapat bahawa kritikan daripada kebanyakan negara Barat adalah sesuatu yang boleh diabaikan oleh Putera Mohammed.

Hujah itu diperkukuh oleh peranan Arab Saudi yang semakin penting dalam politik serantau dan kepentingan negara itu sebagai sekutu Amerika Syarikat.

Sementara itu, dalam wawancara beliau bersama Fox, Putera Mohammed berkata hubungan normal antara kerajaannya dengan Israel “semakin rapat setiap hari”.


Putera Mohammed turut berkongsi ingatan beliau tentang salah satu detik paling penting dalam sejarah sukan Arab Saudi, iaitu kemenangan pasukan bola sepak negaranya ke atas Argentina semasa Piala Dunia 2022 di Qatar.

Putera Mohammed memberitahu Fox bahawa sebelum perlawanan itu, beliau berharap pasukan bola sepak Arab Saudi, yang bergelar Green Falcons, tidak akan dimalukan dalam pertemuan mereka dengan Messi dan rakan-rakannya.


Sebaliknya mereka muncul sebagai pemenang 2-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan itu.

Pertubuhan hak asasi manusia konsisten dalam melabel pelaburan Arab Saudi sebagai satu tindakan sportwashing dan Amnesty International menegaskan kecamannya terhadap rekod Putera Mohammed berhubung hak asasi manusia pada Khamis. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >