Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Saya masih boleh menang Jelajah PGA: Tiger Woods

Dec 18, 2023 | 05:11 PM



ORLANDO: Tiger Woods percaya beliau masih boleh menang dalam Jelajah PGA dan menzahirkan rasa terima kasih amat mendalam setelah beliau dan anak lelakinya, Charlie mencatat pukulan 61 pada pusingan terakhir Kejohanan PNC di Orlando pada 17 Disember.


Dengan anak perempuan Tiger, Sam, 16 tahun, menjadi kedi, pasangan itu meledak pukulan bawah 11 dalam pusingan kedua untuk menamatkan saingan di tempat kelima pada acara yang dahulunya dikenali sebagai Cabaran Bapa/Anak Lelaki.

“Untuk mempunyai kededua anak-anak saya di atas padang dalam dua hari terakhir adalah sangat istimewa,” kata Woods kepada wartawan. 

“Saya berterima kasih kerana kami dapat melalui pengalaman sebegini.”

Charlie, 14 tahun, membuat gerakan penumbuk yang mengingatkan bapanya selepas melakukan birdie pada pukulan kesembilan ketika Tiger memandang anaknya dengan senyuman lebar pada wajahnya.

Woods berkata kecederaan buku lali kanannya yang dirawat melalui pembedahan terus bertahan dengan baik dan beliau pulih dengan cepat selepas Cabaran Dunia Hero di Bahamas awal Disember.

“Banyak perkara yang lebih menyakitkan daripada buku lali saya. Begitulah keadaannya,” kata Woods, yang mencecah usia 48 tahun minggu depan.

“Kami telah berusaha gigih, dapat pulih. Kami telah berlatih setiap hari, iaitu sangat bagus.

“Ia menggembirakan bahawa saya dapat kembali beraksi dan mengetepikan sedikit keraguan yang saya alami kerana terus terang, saya belum membuat pukulan yang telah diambil kira dalam sekian lama,” tambahnya.

Cabaran Dunia Hero adalah acara pertama bekas nombor satu dunia itu sejak menarik diri semasa Masters pada April untuk merawat buku lalinya.

Juara major 15 kali itu telah mengehadkan jadual pertandingannya selepas kemalangan kereta yang menyebabkan beliau alami kecederaan kaki yang serius pada 2021. 

Beliau berkata rancangan untuk 2024 adalah bersaing dalam satu kejohanan setiap bulan.

Woods, yang dapat menggunakan kereta golf di PNC tetapi tidak akan berbuat sedemikian di Jelajah PGA, berkata beliau masih mempunyai kemahiran melakukan pukulan untuk menang dan persoalannya kini adalah mengenai daya ketahanan dan ketekalan.

“Saya tahu saya masih boleh lakukannya,” kata Woods. “Saya masih boleh memukul bola golf. Saya masih boleh membuat pukulan cip. Saya masih membuat pukulan leret.

“Ini sekiranya saya juga dapat melakukan semuanya untuk 72 lubang. Itulah bahagian yang mencabar.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >