LONDON: Bekas tunggak midfield Manchester United, Paul Scholes, menyahut tawaran bagi membantu Ryan Giggs, yang dilantik pengurus sementara kelab Old Trafford itu menyusuli pemecatan David Moyes Selasa lalu.
"Hebat sekali melihat Paul Scholes berada di sini, di Kompleks Latihan Aon hari ini, untuk membantu Ryan Giggs, Nicky Butt dan Phil Neville," kata United melalui akaun Twitter rasmi kelab itu.