Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Schooling kini duta jenama Canon

Jul 04, 2018 | 02:19 PM



SENYUMANNYA telah  digunakan untuk ‘menjual’ pakaian lelaki mewah, jam tangan dan wajahnya terpampang dalam iklan  bank setempat sejak beliau menjadi profesional. 



Kini, juara  Olimpik pertama Singapura Joseph Schooling  telah dilantik sebagai ‘wajah’ jenama barangan elektronik  Canon pula.



Semalam, Canon, jenama yang berasal dari Jepun dan dikenali sebagai penghasil kamera dan lensa,  mengumumkan bahawa  Schooling, 26 tahun akan mewakilinya sebagai duta jenama selama tiga tahun antara 2018 dengan 2021.



“Sebagai duta jenama Canon, Joseph akan mengetuai kempen pemasaran Canon di wadah cetak dan digital. beliau juga akan memberi sokongan dengan muncul di acara Canon untuk mendekati rangkaian pelanggan Canon dan peminat fotografi,” kata Canon dalam kenyataannya semalam.

Kededua ibu bapa Schooling, Colin dan May, juga akan akan ditampilkan dalam kempen pemasaran Canon, menurut kenyataan itu.



“Canon telah menjadi penaung aktif masyarakat sukan dan kami mengalu-alukan disiplin dan azam yang ditunjukkan atlit setempat, Pada masa yang sama, sukan mempunyai cara yang tersendiri untuk menjalin ikatan hubungan yang lebih rapat dalam masyarakat kita,” kata Naib Presiden Kanan dan Ketua Operasi Canon di Singapura Encik Melvyn Ho.



“Saya amat menghargai sokongan yang saya terima sejak menjadi profesional, kata Schooling.

Dalam pada itu, Canon juga mengumumkan bahawa ia telah memperbaharui perjanjian sokongan dengan Persekutuan Boling Singapura, yang kini menjangkau 10 tahun.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >