Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan0

LIGA PERDANA ENGLAND

Sehingga 10,000 penonton diizin masuk stadium England mulai pertengahan Mei

Feb 24, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Sehingga 10,000 penonton boleh dibenarkan berada di stadium pada pertengahan Mei, sebahagian rancangan pemerintah untuk mengurangkan sekatan secara bertahap di England.

Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan pelan empat bahagian untuk mengurangkan sekatan yang dilaksana disebabkan koronavirus.

Sukan di luar, termasuk bola sepak, golf dan tenis akan dibenarkan disambung semula di England pada 29 Mac.

Pelan untuk mengurangkan langkah sekatan merangkumi syarat berhubung vaksin, kadar jangkitan dan varian koronavirus baru.

"Pagar di stadium sukan kita sekali lagi akan dibuka," kata Johnson.

Berita Popular

Dalam ucapannya kepada negara semalam, Johnson menekankan kesan program vaksin Britain, yang katanya membenarkan pemerintah membuka laluan bagi melonggarkan sekatan.

Namun, keputusan muktamad hanya akan diambil bergantung pada data terkini.

Pusat riadah, gimnasium dan kolam renang boleh dibuka semula dari 12 April.

Tempat-tempat tersebut, serta gelanggang tenis dan padang golf di serata England telah ditutup sejak 4 Januari.

Pemerintah berkata ia akan menjalankan siri acara rintis pada April dan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) berkata ia akan melibatkan pemerintah dalam keputusan membenarkan sebilangan kecil penyokong berada di Wembley untuk menyaksikan final Piala Carabao pada 25 April.

Jika program rintis tersebut berjaya, sehingga 10,000 orang atau 25 peratus jumlah tempat duduk keseluruhan akan dibenarkan memasuki stadium bagi menyaksikan acara sukan selepas 23 Mei.

Ini bemakna final Piala FA di Wembley pada 15 Mei dijangka dimainkan tanpa penonton - serupa dengan yang berlaku pada Ogos lalu - meskipun penonton boleh berada di stadium pada hari terakhir Liga Perdana England (EPL) yang dijadual mencapai penghujungnya pada 23 Mei.

Kejohanan Eropah Euro 2020 yang dijadual bermula 11 Jun di Wembley melibatkan tujuh perlawanan, termasuk final pada 11 Julai.

Wimbledon, yang dibatalkan pada 2020 - kali pertama ia tidak diadakan sejak Perang Dunia Kedua (WWII) - dijadual berlangsung antara 28 Jun dengan 11 Julai.

Ini diikuti perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Britain di litar Silverstone pada 18 July.

Bermula 8 Mac pula, sukan bawah 18 tahun di sekolah akan dibenarkan dan dianggap sebahagian kurikulum.

Sekatan jangan keluar rumah tetap diteruskan, tetapi akan dilonggar supaya orang boleh keluar rumah untuk beriadah atau bersenam dalam gelembung keluarga atau seorang dari isi rumah lain.

Peraturan jarak selamat dan langkah keselamatan lain termasuk memakai pelitup harus dipatuhi. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map