Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sekilas

Sep 21, 2022 | 05:30 AM



Kane ke Chelsea?



LONDON: Pengurus Chelsea Graham Potter dilaporkan sedang mengorak langkah untuk membeli kapten England Harry Kane bagi memperkukuh pasukannya.



Media di Italy dan Britain semalam berkata Chelsea bersedia menawarkan pemain asal Belgium Romelu Lukaku kepada Tottenham Hotspur sebagai pengganti Kane.



Kane cuba berpindah daripada Tottenham ke Manchester City musim lalu tetapi tidak menjadi. Walaupun menunjukkan persembahan hambar dan kurang konsisten musim lalu, Kane bangkit untuk menunjukkan form lebih baik musim ini. - Agensi berita.



Liverpool ingin perkukuh midfield



LIVERPOOL: Juergen Klopp dilaporkan berminat membeli pemain Shakhtar Donetsk Mykhaylo Mudryk, 21 tahun.



Mudryk dibandingkan dengan bintang Brazil Neymar dan jika berjaya ditarik ke Liverpool, boleh membentuk barisan serangan baru yang dibintangi pemain seusianya seperti Harvey Eliott dan Fabio Carvalho.



Mereka dijangka memainkan peranan sebagai pelapis dan pengganti pemain mapan seperti Mohamad Salah, Roberto Firmino dan Alex Oxlaide-Chamberlain. - Agensi berita.



Leicester tak mampu pecat Rodgers



LONDON: Leicester City difahamkan mahu memecat pengurusnya Brendan Rodgers lepas kelab itu terjerumus di kaki Liga Perdana England (EPL) dengan enam kekalahan dalam tujuh perlawanan pertama.



Namun, kelab The Foxes itu mungkin tidak mampu berbuat demikian. Rodgers antara pengurus yang menerima gaji tertinggi dalam EPL, dengan hanya segelintir pengurus - Pep Guardiola, Juergen Klopp dan Antonio Conte - bergaji lebih tinggi daripada £10 juta ($16 juta) yang diterimanya.



Ini bermakna Leicester perlu membayar Rodgers sekurang-kurangnya £10 juta bagi membatalkan kontraknya yang berbaki tiga tahun.



Namun, Rodgers baru-baru ini berkata beliau akan menerima apa sahaja tindakan yang diambil ke atasnya menyusuli kekalahan berturut-turut itu.



"Inilah realiti bekerja dalam bola sepak. Saya tidak akan bersembunyi kerana ini tanggungjawab saya," ujar beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >