SAMA ada anda sedar atau tidak, pasukan Sepanyol memilih mengenakan jersi hitam berbanding merah menyala yang biasa dipakai ketika mengalahkan Australia 3-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B tengah malam semalam.
Bagi masyarakat Barat, pakaian hitam biasanya dikait dengan suasana berkabung - sesuai (maaf) dengan kedudukan Sepanyol, juara bertahan Piala Dunia yang telah pun tersingkir daripada persaingan ke pusingan 16 dan akan beredar dari Brazil dalam masa terdekat ini.