Topik diikuti
Pergi ke BHkuSekilas mengenai luncur angin guna foil
Sekilas mengenai luncur angin guna foil
Sekilas mengenai luncur angin guna foil
Luncur angin guna foil, yang juga dikenali sebagai windfoiling atau foil windsurfing ialah sukan di mana peluncur menggunakan papan luncur angin yang dipasang dengan hidrofoil atau ‘sayap’ yang berada di bawah permukaan air.
Ini bermakna papan luncur ‘terapung’ di atas permukaan air semasa perlumbaan.
Penggiat sukan ini berkata ia adalah edisi selanjutnya sukan luncur angin tradisional dan ia membenarkan peluncur menggunakan layar lebih kecil dan untuk keluar berlumba apabila keadaan angin kurang memadai bagi sukan luncur angin tradisional.
Sukan ini akan menggantikan luncur angin di Olimpik 2024 di Perancis.
Ia juga akan dipertandingkan sebagai iQFoil dalam Sukan Asia Hangzhou.
